Thursday, December 29, 2011

Lebih 1000 buah kereta Honda baru dimusnahkan macam tu je, sayang betul...

foto
Gambar dari Reuters
HHRS 2.0 - Pengeluar automotif Jepun, Honda menghancurkan lebih daripada 1000 buah kereta yang tenggelam banjir di Thailand. Proses memusnahkan kereta tersebut yang dianggarkan memakan masa satu bulan itu bertujuan untuk memastikan tidak ada pelanggan yang mendapat kereta bekas banjir.

Kilang Honda di Rojana Industrial Park, Ayutthaya, ditenggelami banjir besar awal Oktober lalu. Akibatnya, pengeluaran digantung dan beratus-ratus kereta baru terendam dalam air berlumpur.

"Walaupun kami mampu merelokasi kereta-kereta baru, tapi sekitar 1055 unit yang berada di kilang rosak akibat banjir," kata Pitak Pruittisarikorn, Executive Vice President Honda Automobile Thailand dilaporkan oleh channelnewsasia.com, Selasa, 27 Disember 2011.

Pruittisarikorn mengatakan kereta-kereta yang rosak itu sebahagian besar adalah hatchback Brio 217 unit, Jazz (213), City (353), Civic (150), Accord (91), CR-V (30), dan Freed (1).

Banjir Thailand memberikan kesan yang luar biasa bagi Negara Gajah putih tersebut. Kerajaan Thailand mengumumkan banjir yang melanda 65 dari 77 wilayah di negara itu telah meragut lebih dari 700 orang.

Selain penutupan kilang, bekalan dari Thailand juga mempengaruhi prestasi Honda Prospect Motor, pemegang Honda di Indonesia.

Sepanjang November lalu, HPM mencatat jualan 2907 unit. Bulan sebelumnya HPM mampu mencatat jualan 40318 unit. Meskipun demikian, jumlah jualan Honda sepanjang tahun ini tercatat 43225 unit dengan pasaran 5.3%. Diterjemah dari tempo
KLIK UNTUK TABUNG BLOG INI

0 comments:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
 
Hari-hari rakyat susah 2.0 Copyright © sejak 2007 Hari-hari rakyat susah 2.0 Keretaburuk/Tempe Goreng Blogger Template