Wednesday, December 28, 2011

Kurang ajar ! ujian dara dibuat ke atas wanita Mesir yang ditahan dalam tunjuk perasaan


Pemrotes ditangkap
HHRS 2.0 - Mahkamah Mesir hari Selasa (27/12) memerintahkan tentera menghentikan pemeriksaan secara paksa keperawanan bagi tahanan wanita di penjara-penjara tentera.

Mahkamah Pentadbiran Kaherah membenarkan tuntutan Samira Ibrahim yang menuduh tentera Mesir memaksanya menjalani ujian dara setelah dia ditangkap dalam aksi tunjuk perasaan di Lapangan Tahrir Mac lalu.

"Mahkamah memutuskan bahawa pelaksanaan prosedur pemeriksaan dara terhadap wanita di penjara tentera harus dihentikan," kata Hakim Aly Fekry seperti dilaporkan pejabat berita Reuters.

Sejumlah wanita dan organisasi hak asasi manusia mengatakan tentera Mesir menggunakan ujian dara sebagai bentuk hukuman.

Ratusan aktivis yang menghadiri sidang tiba-tiba bersorak apabila keputusan dibacakan. Samira Ibrahim merupakan salah seorang dari beberapa wanita yang dilaporkan dipaksa menjalani pemeriksaan dara selepas mereka ditahan tentera.

Organisasi-organisasi hak asasi manusia mengatakan ujian dara merupakan bentuk pelanggaran yang merendahkan martabat.

Mereka menuntut pihak berkuasa menyiasat sesiapa yang bertanggung jawab atas penerapan ujian keperawanan.

Ratusan rakyat dan aktivis Mesir mengadakan tunjuk perasaan di Lapangan Tahrir pada hari Selasa (27/12) menentang dakwaan pelanggaran yang dilakukan Dewan Tentera negara itu berkaitan penguatkuasaan ujian dara terhadap tahan perempuan yang di tangkap dalam tunjuk perasaan. Diterjemah dari BBC
KLIK UNTUK TABUNG BLOG INI

0 comments:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
 
Hari-hari rakyat susah 2.0 Copyright © sejak 2007 Hari-hari rakyat susah 2.0 Keretaburuk/Tempe Goreng Blogger Template