Thursday, December 8, 2011

Kenapa perjanjian seperti Scorpenes–Altantuya tak bantu M'sia tapi bantu Najib


Kenapa perjanjian seperti Scorpenes–Altantuya tak bantu M'sia tapi bantu Najib
MC - Diseluruh negara, rakyat Malaysia kecewa dengan PM Najib Razak yang telah jatuh lagi dengan kejatuhan indeks persepsi rasuah antarabangsa. Sehinggakan Komiti Khas Parlimen untuk Rasuah telah memberi cadangan agar SPRM diletakkan dibawah Parlimen.
Tetapi, timbalan presiden Umno dan juga Menteri Pertahanan, Zahid Hamidi enggan mengulas dan menjelaskan kepada Pakatan Rakyat, yang telah menimbulkan pelbagai persoalan mengenai pembelian mahal yang mencurigakan.
“Menteri Pertahanan, Datuk Seri Zahid Hamidi semalam telah menangkis keperluan untuk sebuah komiti parlimen bi-partisan untuk melihat perbelanjaan pertahanan negara dengan mengatakan bahawa beliau yakin terhadap kemampuan dan ketelusan komiti yang menilai ketiga-tiga cabang Angkatan Tentera Malaysia.” Kata Ahli Parlimen DAP PJ Utara Tony Pua dalam kenyataan beliau pada hari Selasa.
“Kebongkakan terhadap parlimen untuk meneliti perbelanjaan yang mencecah berpuluh billion ringgit setahun itulah yang memberi kesan kepada pemarkahan Transparency International (TI) iaitu 4.5 daripada 12 atau 37.5%, jauh dibawah markah gagal.”
Tidak banyak tempat untuk Najib berlindung
Tony merujuk kepada “Transparency of Defence Budget Report” yang julung-julung kalinya di lancarkan pada November 2011. Pengarah Pertahanan Antarabangsa dan Program Sekuriti untuk TI di United Kingdom, Mark Pyman telah berkata bahawa “Malaysia berada di tempat yang jauh lebih rendah daripada negara lain (untuk ini), di mana bujet tidak mempunyai maklumat teliti yang cukup dan tiada audit yang dilakukan terhadap program rahsia.”
Ada dikalangan rakyat yang hairan dengan kenyataan Zahid memandangkan boss beliaulah, PM Najib Razak yang akan mendapat masalah sekiranya prokumen ketenteraan yang mahal-mahal ini termasuk kapal selam Scorpenes di eksposkan.
Zahid mungkin mencuba sedaya upaya untuk mempertahankan perjanjian Scorpenes sebaik mungkin. Tetapi, sama ada beliau memberi maklumat terperinci atau tidak mengenai perkara yang sebenar, kebenaran akan tetap keluar setelah mahkamah di Paris membuka kes tersebut setelah mendapat komplen terhadap syarikat membuat senjata Perancis, DCN oleh Suaram yang mewakili pembayar cukai Malaysia.
Seperti Komiti Antarabangsa yang lain, Pyman dan unit baru beliau akan mengikuti perbicaraan itu dan mendapatkan seberapa banyak maklumat yang boleh mengenai mekanisme yang digunakan oleh DCN merasuah pegawai tinggi Malaysia –dalam kes ini Najib dan proksi beliau.
Najib memegang portfolio Menteri Pertahanan pada tahun 2002, meluluskan perjanjian itu seraya dituduh mendapat 114 million euro atau RM570 million sebagai komisyen dengan bantuan kawan baik dan penasihat beliau, Razak Baginda.

Alat terbaik dan portfolio yang menguntungkan
It is also telling that on Tuesday, at Langkawi International Maritime and Aerospace Exhibition 2011, Najib was keen to promise the 'best tools' for the military.Tidak hairanlah Najib telah menjanjikan peralatan terbaik untuk ketenteraan di Pameran Maritim dan Aerospace Antarabangsa di Langkawi pada hari Selasa.
“Tidak dapat disangkal keberanian lelaki dan wanita kita yang berseragam dan sebelum mereka mengorbankan nyawa mereka untuk kita, adalah menjadi tanggungjawab kita untuk memberikan mereka peralatan terbaik untuk perkerjaan mereka. Ini bermakna memberikan mereka peralatan yang terbaru, paling selamat, dan canggih untuk mereka berhadapan dengan cabaran di medan perang.” Bernama memetik beliau berkata.

18 Sukhoi, 12 Eurokopter dan 257 pembawa
Selain daripada Scorpenes, Najib juga pernah membeli eurocopter benilai RM2.3 billion yang didakwa pembangkang sebagai terlampau mahal dan beliau menyangkalnya dengan mengatakan bahawa chopper tersebut telah pun di sesuaikan dengan keperluan kita. Tuduhan yang sama juga dilemparkan terhadap beliau dengan pembelian 18 jet pejuang Sukhoi.
Walaupun Najib telah menyerahkan portfolio tersebut kepada Zahid, dipercayai bahawa beliau juga terlibat dengan pembelian RM7.55 billion 257 pembawa personel daripada Feftech Sdn Bhd, sebuah kompeni subsidari DRB-Hicom Bhd di Pekan yang dimiliki oleh Ahli perniagaan ternama Syed Mokhtar Syed Bukhari. Pekan merupakan tempat asal Najib.


Saya telahpun meminta Menteri (Zahid) untuk menerangkan perbezaan nilai RM 7.55 billion yang dibayar untuk 257 pembawa ini kepada Deftech Sdn Bhd dengan yang dibayar kepada FNSS Defences Systems, sebuah pengeluar alat pertahanan Turki iaitu RM 1.7 billion untuk benda yang sama.” Kata Tony.

Menteri itu telah memperakui transaksi tersebut tetapi beliau mendakawa bahawa beliau tidak tahu mengenai maklumat terperinci transaksi Deftech –FNSS jadi beliau tidak dapat menjelaskan perbezaan antara dua kontrak tersebut.Menteri itu juga tidak dapat menjelaskan mengenai transaksi besar RM6 billion 6 Generasi kedua Vessel Patrol begitu juga RM2.3 billion untuk 12 Eurocopter helikopte EC725,” ujar Tony.

Titik buta untuk Umno
Najib telah memberi arahan untuk tidak memberi maklumat terperinci mengenai pembelian senjata dan tidak hairanlah Zahid cuba sedaya upaya mengelak memberi jawapan. Beliau menuduh pihak pembangkang untuk cuba memburukkan Najib dan Kerajaan.
Setakat ini, jawapan yang paling selalu diberi oleh pentadbiran Najib untuk menjustifikasikan pembelian mahal peralatan tentera adalah “ia disesuaikan mengikut keperluan kita”.
Tidakkah menjadi sesuatu yang pelik Pyman telah menegaskan bahawa untuk memelihara kepentingan kerajaan, penyesuaian ini haruslah paling minima kerana ia akan meninggikan kos. Ia sangat cepat meningkatkan kos dan ia membazir serta sukar dan tidak selamat.
Tidak mungkin Najib, seorang menteri pertahanan yang sudah lama tidak tahu akan perkara ini. Kritik mengatakan bahawa pemimpin Malaysia itu mungkin buat bodoh demi untuk menunjukkan bahawa beliau tiada pengalaman dalam dunia perniagaan senjata. Mereka merujuk kepada keengganan beliau mengakui kejatuhan indeks rasuah Malaysia.
“Adalah sangat mengejutkan yang tidak seorang pun Najib atau Muhyiddin memberi maklumbalas terhadap laporan antarabangsa terburuk yang pernah kita dapat semejak 32 bulan pemerintahan Najib,” penasihat DAP dan juga Ahli Parlimen Ipoh Timur berkata dalam kenyataan yang dibuat beliau.
“Dan tidak seorang pun pemimpin Umno atau delegasi di perhimpunan agung Umno itu menyuarakan kebimbangan mengenai rasuah atau indeks tersebut. Mereka Cuma menyatakan sokongan terhadap Ketua Wanita Datuk Seri Shahrizat Jalil dalam skandal NFC beliau yang berjumlah RM300 juta itu!”
Berhentilah memberi alasan pelik
TI telah meletakkan Malaysia setara dengan Afganistan, Rwanda, Georgia dan Azerbaijan dalam laporan mereka, jauh lebih rendah berbanding Bangladesh, Indonesia dan Papua New Guinea. HAsil penyelidikan menunjukkan lebih kurang 14 % negara yang mendapat markah tinggi dalam kajian ini kebanyakkannya adalah negara maju dengan sistem demokrasi kukuh.
Zahid mengatakan bahawa beliau akan memberi keterangan bagi pihak Najib untuk perbicaraan di Paris sekiranya dibuka. Najib pula tidak akan kelihatan kerana takut pada tumpuan media yang bakal terjadi apabila kes Scorpenes-DCN itu didengari.
Selain daripada maklumat terperinci mengenai rasuah, perbicaraan Paris itu juga akan memberi maklumat mengenai Altantuya Sharibuu, penterjemah Mongolia yang dibunuh di Malaysia pada tahun 2006 selepas beliau cuba mengugut Razak Baginda untuk mendapatkan US 5000,000 bahagian beliau sebagai komisyen.
Transparency International-Malaysia (TI-M) juga telah menggesa kerajaan untuk berhenti daripada menggunakan keselamatan sebagai alasan untuk kerahsiaan yang telah menyebabkan penyembunyian rasuah melibatkan kontrak pertahanan dan mempertimbangkan untuk melantik pemerhati bebas untuk perjanjian seperti itu.
Malaysia Chronicle

KLIK UNTUK TABUNG BLOG INI

0 comments:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
 
Hari-hari rakyat susah 2.0 Copyright © sejak 2007 Hari-hari rakyat susah 2.0 Keretaburuk/Tempe Goreng Blogger Template