Wednesday, December 28, 2011

Kempen di Israel memisahkan lelaki dan perempuan di tempat awam

Kelompok ultra ortodoks Yahudi


HHRS 2.0 - Ratusan warga Yahudi ultraortodoks bertempur dengan polis di Jerusalem di tengah-tengah ketegangan yang meningkat berkaitan usaha pemisahan antara lelaki dan wanita. Seorang polis cerdera dalam rusuhan di bandar Beit Shemesh dengan kumpulan yang berkempen pemisahan perempuan dan laki-laki.

Penunjuk perasaan ultraortodoks mengejar polis dan membaling batu ke arah mereka. Kekerasan ini merupakan rangkaian insiden yang berlaku di Israel dalam masa beberapa minggu terakhir dan kerajaan menentang usaha kumpulan itu untuk memisahkan lelaki dan wanita di tempat-tempat awam.

Para menteri Israel mengatakan pemisahan ini merupakan langkah haram. Selain dengan polis, kumpulan ultraortodoks juga bertelagah dengan kumpulan sekular Israel. Majoriti penduduk bandar Beit Shemesh, yang berjumlah 80.000 0rang , adalah golongan yang taat kepada agama dan komuniti ortodoks semakin meningkat.

'Semakin radikal'

Beberapa sepanduk mengandungi desakan agar lelaki dan wanita dipisah di tempat am dicabut oleh polis tetapi kemudian dipasang semula oleh kumpulan ortodoks. Sepanduk lain yang dipasang kumpulan itu mengandungi perintah agar wanita memakai baju yang sopan, blus lengan panjang.

Hari Minggu (25/12) lalu, Perdana Menteri Benjamin Netanyahu berjanji untuk membendung usaha memisahkan lelaki dan wanita serta meredam tindakan kekerasan kumpulan ultraortodoks terhadap wanita.
Kekerasan ini terjadi setelah berlaku insiden serupa di kawasan lain. Dalam satu insiden seorang wanita dipaksa duduk di bahagian belakang bas yang mengangkut kumpulan ortodoks.

Pejuang hak wanita mengatakan kumpulan yang terdiri daripada 10% penduduk Israel menjadi semakin radikal berkaitan isu pemisahan lelaki dan wanita.
Sementara itu pihak sekular merancang demonstrasi menentang usaha kumpulan ultraortodoks itu kota Beit Shemesh. Diterjemah dari BBC


0 comments:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
 
Hari-hari rakyat susah 2.0 Copyright © sejak 2007 Hari-hari rakyat susah 2.0 Keretaburuk/Tempe Goreng Blogger Template