Saturday, December 31, 2011

Ini dia hakim yang menghukum dengan penuh keadilan, para hakim sedunia patut baca

Ini sekelumit kisah para hakim (Qhadi) dalam menghukum beberapa kes dipengadilan Islam, penuh kecerdasan, kebijaksanaan dan ketaqwaan kepada Allah swt.

SYURAIH BIN HARITS AL-KINDI

Syuraih dilahirkan di daerah Yaman, dia orang pertama yang masuk Islam ketika Islam mula memasuki Yaman. Dia berharap dapat bertemu Rasulullah saw dan menjadi sahabatnya, tetapi takdir tidak mempertemukannya dengan Rasulullah saw.

Syuraih diangkat menjadi hakim dimasa pemerintahan (kekhilafahan) Umar bin Khaththab, Utsman bin Affan, Ali bin Talib dan Mu'awiyah, beliau menjadi Qadhi di Kufah dan hampir selama 60 tahun menjabatnya. Qadhi Syuraih terkenal dengan kebijaksanaan, kelihaian dan ketegasannya.

Suatu hari Amirul Mukminin (Khalifah) Umar bin Khattab membeli kuda dalam keadaan sihat dan baik, Umar menaiki kuda itu pulang. Tetapi tidak berapa jauh kuda itu tidak boleh lagi berlari. Umar kemudian mengembalikan kuda itu kepada penjualnya, tetapi penjualnya menolak kerana kudanya dijual dalam keadaan baik. Kedua-duanya kemudian mengadu kepada Qadhi Syuraih.

Qadhi Syuraih bertanya kepada Umar: "Apakah anda membeli kuda ini dalam keadaan baik?"

Jawab Umar: "Benar"

Qadhi Syuraih: "Ambillah yang telah anda beli ya Amirul Mukminin, atau kembalikan kuda ini dalam keadaan seperti apabila anda membelinya"

Suatu hari Khalifah Ali bin Talib mencari baju besinya ditangan seorang kafir dzimmi (orang kafir yang dilindungi oleh Khilafah Islamiyah, dalam riwayat lain kafir dzimmi ini seorang Yahudi), kemudian Ali meminta baju-baju besi itu: "Ini adalah milikku yang jatuh dari untaku pada malam anu dan ditempat anu "

Kafir dzimmi menjawab: "Ini adalah barangku dan berada ditanganku ya Amirul Mukminin"

Setelah tidak ada keputusan, mereka berdua menghadap Qadhi Syuraih. Ali dan kafir dzmmi menjelaskan permasalahannya, Qadhi Syuraih berkata kepada Ali: "Aku tidak meragukan kejujuranmu ya Amirul Mukminin, bahawa barang-barang ini milikmu. Tetapi harus ada dua orang saksi yang menyaksikan kebenaran tuduhanmu "

Jawab Ali: "Aku punya dua orang saksi, penyokong Khanbar dan puteraku Hasan"

Qadhi Syuraih: "Tetapi kesaksian anak bagi ayahnya tidak berlaku, ya Amirul Mukminin"

Ali terperanjat: "Subhanallah, seorang ahli syurga (Hasan) ditolak kesaksiannya?. Apakah engkau tidak pernah mendengar Rasulullah saw berkata bahawa Hasan dan Husain adalah pemuka para pemuda ahli syurga?

Qadhi Syuraih: "Aku tahu, hanya saja kesaksian seorang anak ke atas ayahnya tidak dibenarkan"

Ali berkata kepada kafir dzimmi: "Ambillah barang itu kerana aku tidak punya saksi lagi selain mereka"

Kafir dzimmi dengan takjub berkata: "Aku bersaksi bahawa barang itu milikmu ya Amirul Mukminin. Ya Allah, Amirul Mukminin menghadapkan aku ke depan qadhinya dan qadhinya memenangi aku. Kuakui bahawa agama yang mengajar seperti ini adalah agama yang benar dan suci, Asyhadualla ilaha illallah wa asyhadu anna muhammadarrasulullah. Kerana barang ini milikmu, maka ku kembalikan kepada "

Jawab Ali: "Kerana engkau kini seorang muslim, maka ku hadiahkan baju-baju besi ini untukmu, juga kudaku ini"

Kafir dzimmi ini ikut memerangi kaum Khawarij hingga syahid. Subhanallah.

Iyas Bin Mu'awiyah Al-Muzni

Iyas lahir tahun 46 H di daerah Yamamah di Najad, kemudian tinggal di Basrah (Iraq). Dia dilantik sebagai Qadhi untuk daerah Basrah (Iraq), beliau dikenali kecerdasan, ketangkasan dan kelihaiannya dalam memutuskan perkara.

Iyas menjawat jawatan sebagai Qadhi dimasa pemerintahan (kekhilafahan) Umar bin Abdul Aziz, Umar bin Abdul Aziz kita kenal sebagai cicit Umar bin Khaththab dan dimasa pemerintahannya Islam mengalami kemakmuran luar biasa. Sangat sukar mencari rakyat yang memerlukan bantuan Baitul Mal (kas negara).

Suatu hari datang dua orang yang bersengketa kepada Qadhi Iyas, yang satu telah menyerahkan harta kepada temannya tetapi temannya tidak mengakui telah menerima harta itu.

Iyas bertanya: "Di mana engkau serahkan harta itu?"

Pemilik harta menjawab: "Di suatu tempat bernama anu dan di sana ada sebatang pokok besar, kami duduk dan makan bersama dan serahkan harta itu padanya"

Iyas berkata kepada pemilik harta: "Pergilah ke sana, mungkin akan mengingatkan lokasi di mana engkau menaruh harta itu. Lalu kembali ke mari dan laporkan kepada ku "

Iyas berkata kepada si tertuduh: "Tunggulah di sini sampai kawan kembali"

Kemudian Iyas meneruskan pekerjaannya, sambil terus memerhatikan si tertuduh. Setelah tertuduh agak tenang, dia berkata: "Apakah kira-kira kawan telah sampai di tempat dia menyerahkan hartanya kepada kamu?"

Tanpa sedar si tertuduh menjawab: "Belum tempatnya sangat jauh"

Maka Iyas berkata: "Wahai musuh Allah, engkau hendak memungkiri harta itu sedangkan engkau tahu di mana engkau menerimanya!"

Kerana kita ciptaan Allah swt, maka syari'at Allah swt jualah yang boleh memutuskan perkara secara adil dan bijaksana. Kita merindukan mahkamah dan hakim-hakim yang amanah dalam memutuskan perkara berdasarkan syari'at Islam di-negeri kita ini, sehingga rakyat merasakan keadilan Islam yang indah itu.

"Kemudian jika kamu berselisih tentang sesuatu, maka kembalikanlah ia kepada Allah (Al-Quran) dan Rasul (Sunnahnya), jika kamu benar-benar beriman kepada Allah dan Hari Kemudian. Yang demikian itu lebih utama (bagimu) dan lebih baik akibatnya ". (Surah An-Nisaa '[04 [: 59). Wallahua'lam



0 comments:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
 
Hari-hari rakyat susah 2.0 Copyright © sejak 2007 Hari-hari rakyat susah 2.0 Keretaburuk/Tempe Goreng Blogger Template