Saturday, December 10, 2011

Hizbullah Bongkar Pengintipan Zionis

Image634589744771250000
Hizbullah Lebanon telah memberi pukulan hebat terhadap erisikan rejim Zionis Israel, setelah membongkar sistem perisikan Zionis di wilayah selatan negara itu.

Televisyen al-Alam melaporkan, seorang koresponden channel 2 Israel mengatakan, pasukan udara Israel menghancurkan sistem pengintipanya di Lebanon Selatan setelah dikenalpasti oleh Hizbullah.

"Selepas serangan itu, Hizbullah langsung mengepung sasaran. Dalam beberapa tahun terakhir, Hizbullah dan tentera Lubnan telah mengenal pasti beberapa sistem perisikan Israel, yang dipasang oleh ejen-ejen Zionis di negara itu," jelasnya.

Penganalisis masalah tentera channel 2 Israel, Roni Daniel mengatakan, Lebanon Selatan sentiasa menjadi medan perang perisikan antara Tel Aviv dan Hizbullah.

Tentera Lubnan kelmarin berkata, peralatan mata-mata Israel telah dipasang di Gunung Sannine dan Barouk, yang kedua-duanya memberikan pemerhatian yang relatif baik terhadap Beirut dan kawasan sekitarnya.
KLIK UNTUK TABUNG BLOG INI

0 comments:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
 
Hari-hari rakyat susah 2.0 Copyright © sejak 2007 Hari-hari rakyat susah 2.0 Keretaburuk/Tempe Goreng Blogger Template