Tuesday, December 20, 2011

Himpunan Jundullah kerahan tenaga pemuda hadapi PRU13

BO - Satu program yang akan menghimpunkan seluruh jentera pemuda PAS Kawasan Marang, diberi nama 'Himpunan JunduLlah PRU 13' akan diadakan pada hari Jumaat, 23 Disember 2011, di Madrasah Darul Iman, Bukt Payong, Marang Terengganu.

Himpunan para petugas jentera pilihan raya ini adalah sebagai persediaan terakhir Pemuda PAS Marang menjelang pilhanraya umum ke-13 yang akan diadakan pada bla-bila masa.

Ia juga sebagai medan 'arahan terakhir' yang bakal diterima oleh seluruh pemuda Marang, untuk bekalan bagi berhadapan pilihan raya umum tersebut.

Himpunan ini akan dsempurnakan perasmiannya oleh Timbalan Ketua Pemuda PAS Malaysia Ustaz Nik Mohd Abduh Nik Abdul Aziz.

Turut hadir bersama-sama Nik Abduh ialah Sdra Mohd Sany Hamzan selaku Pengarah Jabatan Pilihanraya Dewan Pemuda PAS Malaysia yang akan memberi motivasi kepada kira-kira 500 orang pemuda yang bakal menyertai Hmpunan ini.

Dengan menampilkan tema 'Marang Hok Kite – Sapu Bersih', Dewan Pemuda PAS Kawasan Marang akan menyampaikan segala maklumat dan penerangan agar dapat disampaikan kepada sasaran yang dikehendaki.

Talimat Penerangan undang-undang pilihanraya juga akan dibentangkan oleh wakil Jabatan Guaman Dewan Pemuda PAS Pusat.

Program tersebut juga akan melancarkan tabung dana pilihanraya yang diberi nama Tabung Amanah Pilihanraya Pemuda PAS Marang (TAMPUNG) bagi menampung segala perbelanjaan pilihanraya yang akan mencabar pada PRU akan datang.

Pada sebelah malam, Ceramah Gempur akan diadakan di Kampung Jerung Surau bagi menerangkan isu-isu semasa yang akan memberi maklumat kepada masyarakat setempat.

'Terengganu Maju: Islam Berdaulat, Negeri Berkebajikan'


Disediakan oleh;
Mohamad Aswadi Mohamad
Setiausaha Dewan Pemuda PAS Kawasan Marang

KLIK UNTUK TABUNG BLOG INI

0 comments:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
 
Hari-hari rakyat susah 2.0 Copyright © sejak 2007 Hari-hari rakyat susah 2.0 Keretaburuk/Tempe Goreng Blogger Template