Monday, December 19, 2011

First Lady membeli belah seorang diri seperti rakyat biasa

Isteri Perdana Menteri Britain David Cameron, Samantha Cameron, mengangkat sendiri barang perbelanjaan ke troli di Ikea, London.

HHRS 2.0 - Sebagai isteri Perdana Menteri Britain David Cameron, wajar bila
Samantha Cameron didampingi sejumlah kakitangan untuk membantunya melakukan aktiviti seharian atau pengawal untuk memastikan keselamatan.

Namun perempuan berusia 40 tahun mengejutkan banyak orang ketika dia membeli-belah sendiri di Ikea, London, seperti dilaporkan Main Online, Minggu (11/12/2011). Tidak janggal isteri ketua kerajaan Britain itu mengangkat sendiri barang-barang keperluan rumah, lalu meletakkannya ke troli.

Menurut para tetamu lain, isteri Cameron tidak ditemani sesiapa, baik pembantu mahupun pengawal. Dia membawa sehelai kertas mengandungi senarai belanja. Setelah mengambil barang yang diperlukan, dia senarainya.
KLIK UNTUK TABUNG BLOG INI
Ketika ditanya apa saja yang dibelinya, Samantha ketawa dan menjawab, "Banyak sekali bekas."

Hari itu Samantha menghabiskan 241,73 pound sterling. Antaranya membeli dua pot untuk orkid, karpet warna hijau, dua bekas untuk bijirin, dan beberapa papan untuk rak.

Samantha mengalami kesukaran untuk menolak dua trolinya, namun dia menolak dengan sopan ketika seorang wanita menawarkan bantuan. "Tidak apa, terima kasih. Saya boleh " katanya.

Samantha kemudian mendorong trolinya ke kawasan letak kereta. Sebuah minibus hitam dan seorang pemandu perempuan sudah menunggunya di situ.

Apa yang dilakukan Samantha Cameron rupanya membuat ramai orang terasa kagum. "Dia berusaha sendiri dengan membeli belah dan sangat menikmati menjadi orang biasa yang sedang membeli-belah. Mengagumkan sekali isteri seorang perdana menteri tidak mengharap layanan khusus," kata seorang membeli belah. Diterjemah dari kompas

1 comments:

Anonymous said...

Ya Allah, selamatkan Malaysia dari tangan org2 yg zalim. Amin..

****
Jualan rumah banglo, Semi D, teres dan lain - lain dengan harga yang berpatutan.

Lokasi: Sekitar Jertih, Kg Padang, Jabi, Kg Bintang, Kg Raja, Setiu, Kuala Terengganu, Marang, Hulu Terengganu dan lain - lain tempat.

Kami sedia untuk membeli, menjual atau memajukan mana - mana lokasi tanah khususnya yang berpotensi untuk dibangunkan.

Ombak Murni Holding Sdn. Bhd (OMHSB)
En. Azmi bin Abdullah (Pegawai Pemasaran)
Tel: 019 920 5254

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
 
Hari-hari rakyat susah 2.0 Copyright © sejak 2007 Hari-hari rakyat susah 2.0 Keretaburuk/Tempe Goreng Blogger Template