Tuesday, December 6, 2011

Demi anjing, lelaki ini memilih untuk dipenjara

HHRS 2.0 - Banyak cerita tentang kesetiaan anjing pada pemiliknya. Kisah yang berlaku di Asghabat, ibu kota Turkmenistan, ini tentang rasa sayang seorang lelaki terhadap anjing yang terancam untuk ditembak gara-gara mereka berjalan di kawasan larangan presiden.

Warga awam itu berjalan-jalan dengan anjing, dan tiba-tiba dikepung polis, diminta tiarap di atas tanah, lalu dibawa ke pejabat polis, seperti dilaporkan Huffington Post, Khamis lalu.

Menurut polis, ketika kejadian konvoi kenderaan Presiden Gurbanguly Berdymukhamedov sedang melintas di jalan raya tidak jauh dari jalan yang dilalui anjing dan pemiliknya itu. Ertinya, jalan-jalan di sekitarnya harus tidak dilalui kenderaan dan manusia.
Rupanya si pemilik anjing tidak menyedari bahawa dia memasuki kawasan larangan. Polis berkata, atas arahan dari "orang atasan", dia diberi dua pilihan. Anjingnya ditembak atau dia masuk penjara.
KLIK UNTUK TABUNG BLOG INI
Lelaki malang itu memilih untuk masuk ke penjara selama dua minggu agar nyawa anjing selamat. Menurut New Zealand Herald, dia kemudian menelefon keluarganya agar membawa pulang anjing kesayangannya itu.

Kejadian itu diwartakan oleh sebuah laman berita bebas yang dikendalikan oleh Turkmen Emigres. Sukar untuk mengesahkan kebenarannya kerana tidak adanya akhbar bebas di negara itu.

Namun, kejadian tersebut sesuai dengan karenah diplomatik Amerika Syarikat yang dikeluarkan Wikileaks tahun lalu. Di situ disebutkan peristiwa ketika seekor kucing tiba-tiba melintas di depan konvoi presiden. Presiden Berdymukhamedov marah besar sehingga memecat seorang pegawai tinggi tentera.

Media Turkmenistan pernah memberitahu, Presiden memerintahkan operasi pembasmian anjing dan kucing liar dari ibu kota.

Berdymukhamedov menduduki kerusi presiden untuk menggantikan Saparmurat Niyazov yang meninggal dunia pada 2006. Diterjemah dari kompas

0 comments:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
 
Hari-hari rakyat susah 2.0 Copyright © sejak 2007 Hari-hari rakyat susah 2.0 Keretaburuk/Tempe Goreng Blogger Template