Monday, December 12, 2011

...dari Kamal Atarturk ke Kamal Saidin....

Buletin Online - Jangan terkejut kalau adanya golongan agamawan dalam Umno yang menjadi syaitan bisu terhadap pemerintah Umno-BN tetapi menghentam Pas dan kerajaan pimpinan PR. Mereka macam golongan yang nampak kuman diseberang lautan tetapi buta terhadap gajah depan mata.

Sikap Penasihat agama MB Terengganu yang diimport dari pendang, Kedah iaitu Kamal Saidin yang mengkritik serta membuat lawak bodoh terhadap enakmen hudud & qisas yang dikemukakan oleh Kerajaan Kelantan & enakmen yang telah diluluskan oleh Kerajaan Terengganu pada tahun 2001 iaitu dizaman pemerintahan Pas tetapi bersikap membisu terhadap penyikiran syariat islam dari perundangan Malaysia sekian lama.

Perbuatan tidak bermaruah yang diadakan dihadapan majlis yang dianjurkan oleh sekutu Parti BN iaitu MCA. Dimakah maruah Umno-BN dengan ketokohan ulama cap ayam seperti ini? Mereka sepatutnya mendidik dan menberi penjelasan baik terhadap keindahan dan hikmah peraturan dan undang-undang Islam kepada masyarakat khususnya golongan non-muslim tetapi mengambil kesempatan untuk menakutkan bukan Islam dengan pelaksanaan syariat Islam bahkan mencari ruang-ruang untuk menonjolkan kekurangan demi politik dangkal Umno-BN.
KLIK UNTUK TABUNG BLOG INI

0 comments:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
 
Hari-hari rakyat susah 2.0 Copyright © sejak 2007 Hari-hari rakyat susah 2.0 Keretaburuk/Tempe Goreng Blogger Template