Thursday, December 8, 2011

Dakwaan Nik Aziz Menderita Kanser Tidak Benar

Dakwaan Nik Aziz Menderita Kanser Tidak Benar
MS - Para pemimpin PAS Kelantan pada Khamis menafikan khabar angin yang menyatakan yang Menteri Besar, Datuk Nik Aziz Nik Mat kini sedang menderita sakit kanser dan oleh itu telah menamakan pengantinya.

Dakwaan tersebut yang khabarnya disiarkan oleh bloger Kickdefella, turut membuat andaianya bahawa Nik Aziz hanya akan mempertahankan kerusi Dewan Undangan Negeri Cempaka tetapi akan memberi laluan kepada tokoh lain untuk memerintah sekiranya Kelantan masih di bawah kepimpinan PAS selepas pilihan raya umum akan datang.

Exco Kerajaan Negeri, Datuk Nik Mohd Amar Nik Abdullah berkata, Nik Aziz sebenarnya hanya mengalami masalah gastrik dan bukannnya sakit kerana kanser sebagaimana yang diandaikan oleh bloger berkenaan.

“Ia adalah satu dakwaan yang tidak masuk akal,” katanya sambil menambah, "Setakat apa yang kami semua tahu, Tuan Guru tidak mengalami sebarang komplikasi akibat kanser..."

Malah katanya, Nik Aziz tidak pernah pun membangkitkan soal penganti dalam mesyuarat dan pertemuan dengan kepimpinan PAS negeri.
KLIK UNTUK TABUNG BLOG INI

0 comments:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
 
Hari-hari rakyat susah 2.0 Copyright © sejak 2007 Hari-hari rakyat susah 2.0 Keretaburuk/Tempe Goreng Blogger Template