Thursday, December 29, 2011

Cuba perkosa gadis, perogol ini nyaris dibakar oleh orang ramai

Headline


HHRS 2.0 - Polis Sektor (Polsek) bahagian Cilincing melindungi seorang perogol iaitu Wijaya (30) yang nyaris dibakar oleh orang ramai setelah cuba memperkosa seorang gadis A berumur 20 tahun, penghuni rumah flat di Cilincing, Jakarta Utara.

Menurut Ketua Unit Reserse Jenayah Polis sektor bahagian Cilincing AKP Basroni, Rabu (28/12/2011), perogol diselamatkan polis selepas insiden amuk dan nyaris dibakar oleh orang ramai.

"Kami datang setelah adanya laporan awam yang mengatakan ada orang yang cuba memperkosa," katanya.

Dijelaskan Basroni, perogol yang diketahui sebagai penjual tuak itu sebelum cuba merogol wanita terbabit dia telah pun mencuri telefon bimbit (telefon) milik Fachri Shahab (24), yang tinggal di tingkat dua rumah flat di Cilincing.

"Pengakuannya, kalau dia datang ingin menemui rakannya yang tinggal di tingkat empat," kata Basroni.

Namun, Wijaya melintas di tingkat dua suspek melihat pintu rumah Fachri terbuka, dan terus masuk mencuri telefon bimbit yang ada di atas meja ruang tamu. "Pemilik rumah ketika itu tertidur di dalam bilik," ujarnya lagi.

Setelah mencuri telefon milik Fachri, pelaku turun dan melihat gadis A sedang menyuci pakaian dan berniat memperkosanya. Namun, A sempat menjerit dengan kuat mengatakan Wijaya adalah pencuri.

Orang ramai yang terdengar jeritan pencuri, terus datang membelasah Wijaya. Mangsa menjelaskan dia nyaris hendak diperkosa dan mengetahui hal tersebut menyebabkan kemarahan orang ramai yang hampir membakar Wijaya.Jelas Basroni.

Ia menimpali, "Untung ada yang melapor, akhirnya nyawa pelaku dapat diselamatkan.

Wijaya kini ditahan dalam lokap di Cilincing. Diterjemah oleh inilah

0 comments:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
 
Hari-hari rakyat susah 2.0 Copyright © sejak 2007 Hari-hari rakyat susah 2.0 Keretaburuk/Tempe Goreng Blogger Template