Monday, December 26, 2011

Bukti baru Christopher Columbus penyebar sifilis di eropah

Columbus dan Kru Terbukti Penyebar Wabah Sifilis di Eropa
HHRS 2.0 - Tujuan utama pelayaran Christopher Columbus adalah untuk membuka laluan perdagangan dengan membawa balik harta dan rempah-rempah ke Eropah.

Tapi muncul bukti baru yang menunjukkan bahawa Columbus juga mungkin telah pulang dengan membawa perkara yang tidak diingini, iaitu wabak sifilis.

Wabak sifilis tercatat pertama kali berlaku di Eropah pada tahun 1495 atau 3 tahun selepas Columbus pulang dari pelayaran untuk mencari Dunia Baru. Para saintis telah lama menduga bahawa perjalanan tersebut adalah punca penyebaran penyakit.

Kurangnya bukti yang menyokong teori ini menyebabkan dugaan ini tidak banyak diamati secara meluas. Terdapat sisa-sisa kerangka dari Dunia Lama dan Dunia Baru yang mungkin menunjukkan tanda-tanda bahawa jangkitan sifilis telah berlaku sebelum pelayaran Columbus.

Namun analisis baru mengenai bukti tulang yang dilakukan oleh para penyelidik di Emory University akhirnya menutup kes ini.

"Kes in telah dinilai secara sistematik. Bukti terus terkumpul dan menegaskan bahawa nenek moyang sifilis berasal dari Dunia Baru melalui kru kapal Columbus dan berkembang dengan cepat menjadi penyakit kelamin di sekitar kita hingga hari ini," kata penyelidik, George Armelagos.

Menurut Armelagos dan rakan-rakannya, sebahagian besar bukti yang diajukan gagal kerana tidak memenuhi salah satu kriteria standard diagnostik sifilis: lubang pada tengkorak dan tulang panjang yang dikenali sebagai karies sicca.

Untuk kes yang tidak memenuhi kriteria ini, ada alasan yang menjelaskan mengapa hal ini boleh terjadi. Semua kes ini berasal dari daerah pesisir di mana makanan laut adalah makanan yang biasa diambil.

Lingkungan seperti ini dapat membuang radiokarbon apa yang disebut 'kesan reservoir laut', di mana makanan laut tercemar oleh karbon yang lebih lama yang dibawa ke permukaan oleh arus laut.

Setelah kesan ini diuji dalam analisis radiokarbon, semua bukti tulang yang ada ternyata berpadanan dengan masa yang menyokong teori bahawa sifilis berasal dari perjalanan Colombus.

"Setelah kami menyesuaikan dengan tanda-tanda tersebut, semua rangka menunjukkan secara pasti bahawa penyakit tersebut nampaknya berlaku selepas Columbus kembali semula ke Eropah," kata salah seorang penyumbang kajian, Kristin Harper seperti dilansir MNN.com, Jumaat (23/12/2011).

Memang sukar dipercayai bahawa sekelompok kecil pelaut, bahkan mungkin Columbus sendiri, boleh menjadi salah satu sumber wabak yang paling menghancurkan Eropah ketika itu. Penemuan ini menunjukkan betapa lemah populasi manusia ketika ada penyakit baru yang menyerang.

"Sifilis telah wujud selama 500 tahun. Orang ramai mula membantah dari mana asalnya penyakit itu beberapa lama kemudian, dan mereka tidak berhenti kerana ini adalah salah satu penyakit global pertama. Pemahaman dari mana asalnya dan bagaimana penyebarannya boleh membantu kami memerangi penyakit ketika ini," jelas Molly Zuckerman , penyumbang lain dalam kajian. Diterjemah dari fiqhislam

KLIK UNTUK TABUNG BLOG INI

0 comments:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
 
Hari-hari rakyat susah 2.0 Copyright © sejak 2007 Hari-hari rakyat susah 2.0 Keretaburuk/Tempe Goreng Blogger Template