Friday, December 30, 2011

Bukan susah, undi BN kena lah tol RM 9.10

Siapa yang bodoh sekarang? mereka dan keluarga mereka ...masih ingat lagi PRK di   Bagan Pinang dulu, kata seorang makcik karat UMNO/BN "engkau la bodoh"

KEADILAN bantah tol RM9.10
KD - KEADILAN Johor menentang cadangan kadar tol Lebuh Raya Penyuraian Timur Johor Bahru (EDL) sebanyak RM9.10 sehala oleh pemilik konsesi, Malaysian Resources Corporation Berhad (MRCB).
Pengarah Jabatan Pilihan Raya Negeri (JPRN) Johor, Steven Chong berkata, ia memberi kesan kepada ekonomi Johor Bahru (JB).
“Paling terkesan ialah pendapatan pemandu teksi Johor Bahru-Singapura yang akan merosot teruk. Begitu juga pekerja Malaysia yang menetap di JB berulang alik setiap hari bekerja di Singapura.
“Kadar tol ini menjadi punca kerana kos minima bagi sebuah kereta bagi perjalanan pergi balik adalah sebanyak RM18.20,” kata Steven yang juga Timbalan Setiausaha Agung KEADILAN kepada keadilandaily.
EDL dibina dengan kos RM977 juta sepanjang 8.1 km dari Kompleks Kastam Imigresen dan Kuarantin (CIQ) bersambung ke Lebuh Raya Utara-Selatan (PLUS) melalui susur keluar Pandan. Pembinaannya bermula Februari 2008 dan dijangka beroperasi pada Februari 2012.
Steven turut mempersoalkan pemegangan konsesi selama 34 tahun yang tidak munasabah oleh MRCB. Syarikat itu bakal menerima perolehan berjumlah RM5.647 bilion, sedangkan kos pembinaannya hanya RM1 bilion.
“Jika kita ambil RM9.10 bagi sebuah kereta dengan lebih kurang 50,000 kenderaan masuk keluar setiap hari, ini bermakna kutipan tol sehari ialah RM455,000. Dalam sebulan, RM13.8 juta dan setahun RM166 juta.
“Jumlah kutipan ini tidak termasuk yang dikenakan kepada motosikal, bas, lori dan kenderaan industri lain. Apa yang membimbangkan, kadar tol ini akan dikaji semula setiap tiga tahun untuk dinaikkan. MRCB tak cukup untungkah?,” soal Steven.
“Setiap kali kajian semula kadar tol, dijangkakan peningkatannya sehingga 150 peratus. Pengguna dan penduduk Malaysia yang bekerja di Singapura tiada pilihan lain selain melalui jalan ini.
“Sedangkan belanja kos pembinaan EDL boleh diperolehi kembali hanya selepas tahun keenam lebuh raya ini beroperasi. Justeru, rakyat Johor membantah rancangan MRCB ini,” tegas Steven.

KLIK UNTUK TABUNG BLOG INI

0 comments:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
 
Hari-hari rakyat susah 2.0 Copyright © sejak 2007 Hari-hari rakyat susah 2.0 Keretaburuk/Tempe Goreng Blogger Template