Sunday, December 11, 2011

Bekas Ketua Puteri Umno ikrar ‘gantikan Umno dengan PAS’

BO - Bekas Ketua Puteri Umno Kampung Banggol Donas berkata ‘penghijrahan’ beliau bersama 40 rakan Puteri yang lain, adalah atas kerelaan mereka sendiri tanpa paksaaan mana-mana pihak.

Puan Rosni Hassan, 37, mewakili rakan-rakannya berikrar akan bersama-sama dengan PAS untuk menjatuhkan dan menggantikan Umno dengan PAS dalam pilihanraya akan datang.

“penghijrahan kami secra sukarela, tiada paksaan dari mana-mana pihak, ini adalah kerelaan kami semua dan tidak ada paksaan dari mana-mana pihak.

“Ini dikira satu penghijrahan pada bulan muharram, bulan yang mulia. Insyaalah! Kami akan mula kekal dan kami akan terus bersama PAS untuk menjatuhkan pemerintahan umno pada PRU yang ke 13 nanti insyaalah! Insyalaah!,”tegasnya
KLIK UNTUK TABUNG BLOG INI
Beliau berkata demikian ketika dtemui selepas menyerahkan borang keahliannya kepada Naib Presiden PAS, Salehuddin Ayob pada Jumaat malam, 9 Disember. [Gambar]

Menurutnya, beliau dan rakan-rakannya tidak lagi merasa ‘selesa’ duduk di bawah Umno dan hilang keyakinan kepada kerajaan Umno.

“kami rasa tak begitu selesa dan tak yakin lagi dengan kerajaan Umno yang memerintah Terengganu pada sekarang ni kerana masalah yang berlaku di (Kampung) Banggol Donas ni dah masuk 5 tahun, tak juga selesai,

“ jadi, kami dengan keadaan Umno yang sedang lemah jadi kami ambil keputusan untuk keluar dari parti, menyertai parti PAS dan juga parti Pakatan Rakyat,”jelasnya.

Beliau yakin bahawa PAS dan Pakatan Rakyat adalah satu parti yang dapat menolong orang-orang Melayu, terutamanya masyarakat kampung.

5 comments:

Anonymous said...

Pas jangan jadi bodoh lag, mereka boleh diterima sebagai ahli parti tetapi jangan beri sebarang jawatan kerana takut menyesal kemudian hari.......

batu pelangi/BZ said...

Peringatan untuk PKR pula!Tapisan
yang ketat wajib dilakukan pada
calonx yang akan dipilih kelak.Masih
ada Ketua Cabang yang kuat JIWA UMNO
dalam diri mereka.Sejarah di PERAK
akan berulang sekiranya Ketua Cabang
jenis ini masih dicalonkan lagi.
Rombak PKR Padang Rengas.Jangan sekalix melaungkan KEADILAN UNTUK
RAKYAT sekiranya ALIAS BIN ZENON
masih dicalonkan dalam PRU kelak!

Anonymous said...

Aku ingat Ketua Puteri Umno peringkat negeri atau paling cekai pun peringkat Bahagian.. Ini setakat kampung jer .. Ceh.. Apa lah PAS ni.. Kecoh je lebih..

Anonymous said...

Aku ingat Ketua Puteri Umno peringkat negeri atau paling cekai pun peringkat Bahagian.. Ini setakat kampung jer .. Ceh.. Apa lah PAS ni.. Kecoh je lebih..

Anonymous said...

Aku ingat Ketua Puteri Umno peringkat negeri atau paling cekai pun peringkat Bahagian.. Ini setakat kampung jer .. Ceh.. Apa lah PAS ni.. Kecoh je lebih..

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
 
Hari-hari rakyat susah 2.0 Copyright © sejak 2007 Hari-hari rakyat susah 2.0 Keretaburuk/Tempe Goreng Blogger Template