Monday, December 5, 2011

Bangsa Maya Tidak Ramalkan Kiamat 2012 - pakar kebudayaan Maya

HHRS 2.0 - Adakah anda termasuk orang yang bimbang akhir zaman akan tiba pada Disember 2012? Sejumlah pakar kebudayaan Maya menyatakan bahawa ramalan itu tidak ada.

Para pakar ini ingin meluruskan anggapan dan keyakinan bahawa bangsa Maya kuno telah meramalkan dunia akan kiamat pada akhir tahun depan. Kalendar Maya hanya menandakan akhir kitaran 5126 tahun sekitar 12 Disember 2012, yang akan membawa kembalinya Bolon Yokte, dewa Maya yang dikaitkan dengan perang dan penciptaan.

Seniman dan juga seorang penulis, Jose Arguelles, adalah orang yang pertama kali melontarkan idea kiamat mengikut kalendar Maya. Namun pertemuan para pakar di bandar Maya kuno di Mexico Selatan menyatakan kalendar itu hanyalah petanda berakhirnya satu tempoh penciptaan dan awal tempoh yang lain.

"Kami perlu menjelaskan soal itu. Tidak ada ramalan tentang 2012," kata Erik Velasquez, seorang pakar di National Autonomous University of Mexico (UNAM). "Itu tafsiran yang salah."

Institut Sejarah Antropologi Kebangsaan di Mexico telah cuba memadamkan idealogi para peramal yang meramalkan datangnya kiamat mengikut kalendar Maya. "Pemikiran orang Barat telah menyimpang pandangan dunia tentang peradaban kuno seperti bangsa Maya," kata institut tersebut.

Dalam kalendar Maya, pengiraan kalendar panjang bermula pada 3114 SM dan dibahagikan ke dalam tempoh 394 tahun yang disebut Baktun. Bangsa Maya menganggap 13 sebagai angka keramat dan Baktun ke-13 berakhir tahun depan.
KLIK UNTUK TABUNG BLOG INI
Sven Gronemeyer, penyelidik kod Maya dari La Trobe University di Australia, yang cuba mengungkap makna kalendar itu, menganggap apa yang disebut sebagai hari mencerminkan sebuah peralihan dari satu era ke era seterusnya, iaitu kembalinya Bolon Yokte.

"Kerana Bolon Yokte sudah pernah hadir pada hari kejadian, nampaknya wajar saja bagi bangsa Maya bila Bolon Yokte akan datang lagi," ujarnya.

Institut itu menyatakan, daripada 15000 naskah glyphic rasmi yang ditemui di pelbagai daerah yang sebelumnya merupakan kerajaan Maya, hanya dua yang menyangkal berkenaan 2012.

"Bangsa Maya tidak memikirkan masalah kemanusiaan, pemanasan global, atau meramalkan kutub" kata Alfonso Ladena, pensyarah dari Complutense University of Madrid. "Kitalah yang mencetuskan kebimbangan kita pada mereka." Diterjemah dari fiqhislam

1 comments:

Anonymous said...

Hi there Dear, are you actually visiting this website daily, if so then you will
without doubt take fastidious experience.

Here is my web page best rap beats
My web page - best buy beats solo

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
 
Hari-hari rakyat susah 2.0 Copyright © sejak 2007 Hari-hari rakyat susah 2.0 Keretaburuk/Tempe Goreng Blogger Template