Tuesday, December 6, 2011

AS Habiskan Jutaan Dollar untuk Kalahkan Ikhwan Muslimin dalam Pilihan Raya Mesir

HHRS 2.0 - Bantuan kewangan AS ke Mesir pasca-Mubarak bertujuan untuk menyatukan parti-parti kecil agar mampu bersaing dengan Ikhwanul Muslimin dalam pilihan raya parlimen negara itu ternyata telah sia-sia.

Pemerintahan Obama menghabiskan dana 200 juta dolar menjelang pilihan raya Mesir, tetapi kemenangan parti-parti Islam dengan mengaut lebih daripada 60 peratus suara dalam pusingan pertama pemilihan parlimen negara itu membuktikan bahawa wang itu tidak mampu menghalang kemenangan kumpulan Islam di negara itu, Newsmax.com melaporkan.

Hampir 65 juta dolar disalurkan untuk Mesir selepas revolusi yang menggulingkan Presiden Hosni Mubarak dan AS menambah 100 juta dolar yang diperuntukkan untuk pembangunan ekonomi serta memberikan bantuan untuk parti-parti politik baru Mesir, menurut Stephen McInerney, pengarah eksekutif Projek untuk Demokrasi Timur Tengah.

Wang itu disalurkan melalui Jabatan Luar Negeri, US Agency for International Development, International Republican Institute dan National Democratic Institute.

Menurut komisyen pemilihan Mesir, sayap politik Ikhwanul Muslim, Parti Kebebasan dan Keadilan mendapat hampir 40 peratus suara, sementara Parti An-Nur mendapat hampir 25 peratus suara. Diterjemah dari eramuslim

Note: Negara barat tidak akan merestui sesebuah negara ditadbir di bawah dasar negara Islam. Seperti mana kurang ajarnya seorang kafir Chua kokek terhadap hukum hudud. 
KLIK UNTUK TABUNG BLOG INI

1 comments:

soiliukliuk said...

Jauh dari itu permainan Amerika. Seluruh operasi Asia Barat sememangnya dibawah acuan mereka. Bukan Arab sahaja yang hadapi masalah ini. Malaysia juga sedang disiapkan... Analisa peranan Soros, anda bakal lihat sesuatu yang mengejutkan kenapa Malaysia termasuk dalam agendanya. Apa pentingnya Malaysia kepada Soros?. Ratusan juta USD sedang mengalir deras ke malaysia, bukan sahaja Arab. Harap maklum.

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
 
Hari-hari rakyat susah 2.0 Copyright © sejak 2007 Hari-hari rakyat susah 2.0 Keretaburuk/Tempe Goreng Blogger Template