Thursday, December 22, 2011

Akibat kerap mendermakan sperma

HHRS 2.0 - Kerap mendermakan sperma, lelaki ini akhirnya dilarang menderma lagi kerana dari sperma yang dia dermakan sudah menghasilkan 14 zuriat.

Trent Arsenault (36), bujang sihat dan mempunyai keyakinan agama yang kuat, mendermakan spermanya melalui iklan di internet. Dia memberikan spermanya secara percuma kepada sesiapa sahaja yang memerlukan.

Akan tetapi, usahanya mendermakan sperma ini dianggap sebagai ancaman awam oleh Badan Makanan dan Ubat Amerika Syarikat (FDA). FDA memerintahkan Arsenault menghentikan tindakan tersebut atau diancam penjara satu tahun penjara dan denda 100.000 dollar AS.

Arsenault berkeras, memberikan sperma merupakan tindakan nyata dalam memberikan kasih kepada sesama manusia. Hal ini membuat dirinya dan FDA bermusuhan tentang hal yang pertama kali berlaku.

"Jika saya dilarang, bererti ada ramai pasangan yang tidak mempunyai anak. Apakah kerajaan perlu hingga mengatur urusan bilik tidur rakyat?" katanya. Diterjemah dari kompas/reuters

KLIK UNTUK TABUNG BLOG INI

0 comments:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
 
Hari-hari rakyat susah 2.0 Copyright © sejak 2007 Hari-hari rakyat susah 2.0 Keretaburuk/Tempe Goreng Blogger Template