Tuesday, December 27, 2011

300 hingga 400 ribu wanita di seluruh dunia kemungkinan menjadi mangsa

Headline
HHRS 2.0 - Kebimbangan mengenai implan payudara buatan Perancis yang bermasalah, kini tersebar kepada para wanita pengguna di seluruh dunia.

Kebimbangan itu kini dirasakan hingga ke Australia, Amerika Latin dan di Eropah. Sementara Perancis akan menentukan, sama ada pengguna yang diimplan harus membunagnya atau tidak.

"Bukan hanya Perancis yang khuatir. Ada 300 hingga 400 ribu wanita di seluruh dunia yang kemungkinan akan menjadi mangsa, "kataAlexandra Blachere, ketua kumpulan pesakit pengguna PIP di Perancis.

Implan gel silikon itu buatan syarikat Poly Implant Prosthese (PIP) yang telah ditutup sejak 2010. Produk tersebut mudah koyak dan mencetuskan siasatan lanjut oleh pihak berkuasa kesihatan Perancis, untuk kemungkinan menyebarkan kanser ke pengguna.

Sebanyak 300 ribu yang diimplan PIP yang digunakan untuk membesarkan saiz payudara atau menggantikan sel yang rosak, dijual di seluruh dunia sebelum kilangnya muflis tahun lalu. Diterjemah dari inilah
KLIK UNTUK TABUNG BLOG INI

0 comments:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
 
Hari-hari rakyat susah 2.0 Copyright © sejak 2007 Hari-hari rakyat susah 2.0 Keretaburuk/Tempe Goreng Blogger Template