Thursday, December 8, 2011

12 tengahari 12 Disember 2011 untuk Khairy

Skandal NFC: Rafizi bersedia debat bila-bila masa tapi Khairy takut

Skandal NFC: Rafizi bersedia debat bila-bila masa tapi Khairy takut


MC - Saya menerima sepucuk surat dari Pergerakan Pemuda UMNO bertarikh 6 Disember 2011 yang memaklumkan Saudara Khairy Jamaluddin tidak dapat menerima jemputan berdebat mengenai NFC pada tarikh asal 12 Disember 2011 kerana bertembung dengan program beliau yang lain.

Sedang saya berterima kasih kerana beliau akhirnya menjawab jemputan debat yang dibuat pada 18 November 2011, saya kesal kerana beliau mengambil masa tiga minggu untuk memaklumkan perkara tersebut seolah-olah beliau cuba melengah-lengahkan debat ini yang telah pun dipersetujui beliau.

Oleh yang demikian, saya telah mengutus jawapan balas bertarikh 8 Disember 2011 memaklumkan perkara-perkara berikut:
KLIK UNTUK TABUNG BLOG INI
1. Saya sudi meluangkan masa pada mana-mana tarikh dalam tahun 2011 dan 2012 untuk memastikan debat tersebut dapat diadakan. Saudara Khairy hanya perlu memilih satu tarikh yang sesuai untuk beliau.

2. Saya mencadangkan supaya debat tersebut diadakan di PWTC untuk memberi keselesaan dan ketenangan kepada Saudara Khairy apabila dilangsungkan di ibu pejabat UMNO sendiri.

3. Sekiranya setelah kesemua kelonggaran ini beliau masih berdolak dalih dan tidak memberikan satu tarikh menjelang 12 tengahari 12 Disember 2011, saya menyimpulkan beliau tidak berani untuk berdebat dalam hal ini.

4. Jika ini berlaku, KEADILAN akan meneruskan juga sebuah debat membongkar penyelewengan NFC pada 19 Disember 2011. Sekiranya Saudara Khairy tiba-tiba berubah fikiran menjelang tarikh tersebut, penyertaan beliau di dalam debat tersebut dialu-alukan.

Sebagai pemimpin UMNO yang paling lantang mempertahankan NFC, wajarlah Saudara Khairy meluangkan sedikit masa untuk menerangkan kepada rakyat beberapa keputusan pelaburan yang dibuat NFC yang menimbulkan kemarahan rakyat, termasuklah penjelasan beliau sebelum itu bahawa pembelian 2 kondominium mewah adalah pelaburan bijak yang dibuat NFC.

Saya menunggu jawapan dari Saudara Khairy dan yakin beliau tidak akan menghampakan harapan rakyat.

Rafizi Ramli ialah Pengarah Strategi PKR

0 comments:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
 
Hari-hari rakyat susah 2.0 Copyright © sejak 2007 Hari-hari rakyat susah 2.0 Keretaburuk/Tempe Goreng Blogger Template