Thursday, December 15, 2011

1 dari 5 wanita Amerika pernah diperkosa

HHRS 2.0 - Hampir 20 peratus perempuan Amerika Syarikat pernah diperkosa sekurang-kurangnya sekali, dan satu dari setiap empat perempuan AS pernah diserang secara seksual oleh rakan intimnya, demikian laporan Centers for Disease Control and Prevention seperti dilaporkan Reuters, Khamis.

Hampir 80 peratus perempuan menjadi mangsa pertama kali diperkosa sebelum umur 25 dan lebih daripada separuh diperkosa oleh pasangannya yang sekarang atau bekas pasangannya.

Kesimpulan ini berdasarkan analisis data National Intimate Partner and Sexual Violence Survey terhadap 18.049 lelaki dan perempuan Amerika Syarikat pada 2010.
KLIK UNTUK TABUNG BLOG INI
Survey yang disebut CDC sebagai yang pertama dilakukan di jenis ini, mendapati fakta bahawa satu daripada setiap lapan perempuan mangsa Pemerkosaaan mengatakan bahawa pemerkosanya adalah ahli keluarga mereka sendiri.

Alaska, Oregon dan Nevada merupakan daerah dengan mangsa pemerkosaan tertinggi.

Sementara itu, satu daripada tujuh lelaki dilaporkan pernah mengalami serangan fizikal yang menyakitkan dari pasangan intimnya dan satu daripada 71 lelaki mengaku telah diperkosa sekurang-kurangnya sekali.

Laporan ini menggambarkan beberapa masalah kesihatan jangka panjang yang berkaitan dengan keganasan seksual, di antaranya sakit kepala, sakit keras, dan sukar tidur.

"Laporan yang menjadi tonggak ini merupakan gambaran nyata mengenai kesan yang merosakkan dari perilaku kekerasan ini terhadap kehidupan berjuta-juta orang Amerika," kata Menteri Kesihatan AS Kathleen Sebelius dalam satu kenyataan tertulisnya.

"Jumlah mangsa kekerasan yang dikeluarkan CDC ini menunjukkan rogol masih merupakan jenayah yang mengakibatkan hampir semua keluarga di Amerika," kata Scott Berkowitz, ketua NGO Abuse and Incest National Network.

Mangsa pemerkosaan harus semakin berani membuat laporan, sedangkan perogol harus lebih banyak dimasukkan ke penjara, kata Berkowitz kepada Reuters.

"Semakin sering kita membersihkan jalanan, semakin banyak kejahatan yang boleh kita cegah," katanya lagi.

0 comments:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
 
Hari-hari rakyat susah 2.0 Copyright © sejak 2007 Hari-hari rakyat susah 2.0 Keretaburuk/Tempe Goreng Blogger Template