Thursday, November 10, 2011

UMNO WAJAR TENDANG MCA KALAU IA PARTI MEMPERTAHANKAN ISLAM

BO - Keceluparan Presiden MCA, Chua Soi Lek semakin menjadi-jadi kebelakangan ini dengan pelbagai kenyataannya yang merapu.

Yang terbaru dia telah menyatakan orientasi seks adalah perkara peribadi sama seperti agama, seseorang bebas memilih selagi tidak mencederakan orang lain.

Katanya, "sekiranya, mereka mahu anjurkan ini (Seksualiti Merdeka) dalam suasana ‘low-profile’, saya tidak lihat mengapa ini tidak boleh dilakukan.

"Bagaimanapun jika mereka mahu menganjurkannya untuk tempoh masa yang lama, ia akan menyebabkan ada yang tidak bersetuju,”
KLIK UNTUK TABUNG BLOG INI
Kenyataan Chua itu dipetik ketika beliau berkata kepada pemberita di ibu pejabat MCA baru-baru ini.

Dalam satu kenyataan 'kontrovers' lain Soi Lek dilaporkan sebagai mengulas isu penganjuran Seksualiti Merdeka yang sedang hangat diperkatakan sekarang ini.

Justeru, wajarlah parti-parti komponen BN mendesak agar disingkirkan sahaja MCA dari BN.

Ini penting kerana menurut Umno mereka adalah sebuah parti yang mempertahankan Islam dan bagi menegaskan Umno bukan sebuah parti diperkudakan MCA.

Umno kena tunjuk sikap tegas mereka. Sudah beberapa kali MCA mengeluarkan kenyataan yang menghina terutama kepada Islam.

Lihat isu hudud, isu bersalaman antara bukan mahram. Ini semua adalah kenyataan yang menghina Islam secara sedar.

Dan kenyataan terbaru beliau ini pula menyamakan pilihan seks, samada sah atau tidak, songsang atau betul sama dengan memilih agama.

Soi Lek dan MCA sudah menghina bukan sahaja Islam tapi juga agama lain kerana tiada satupun agama diatas dunia ini membenarkan seks bebas atau songsang,” tegas beliau.

Bagi beliau, hal seperti ini akan berterusan berlaku kerana Umno tidak bersedia memberi teguran mahupun amaran kalaupun tidak mahu mengambil tindakan tegas kepada parti-parti komponen BN yang diketuai oleh Umno.

0 comments:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
 
Hari-hari rakyat susah 2.0 Copyright © sejak 2007 Hari-hari rakyat susah 2.0 Keretaburuk/Tempe Goreng Blogger Template