Saturday, November 5, 2011

Suami mempunyai 39 isteri, 94 anak, 14 menantu, 33 cucu, tinggal 1 rumah

Keluarga Terbesar di Dunia, 1 Suami dengan 39 Istri
HHRS 2.0 - Keluarga yang terbesar di dunia berasal dari India. Si suami mempunyai 39 isteri dan 94 anak. Bilik isteri termuda terletak paling dekat dengan bilik tidur suami dan isteri yang paling tua ada di bilik dengan jarak paling jauh. Si suami melaksanakan sistem giliran dengan isterinya.

Tidak hairan bila India mempunyai jumlah penduduk yang besar. Sebuah keluarga yang terbesar di dunia berasal dari India dengan ahli keluarga 181 orang yang tinggal dalam 1 rumah dengan 100 bilik, dan merupakan hasil dari 1 suami dan 39 isteri.

Keluarga ini adalah milik Ziona Chana (67 tahun), seorang pekerja pembinaan yang berasal dari desa Baktwang, India. Ke-181 ahli keluarganya terdiri dari dirinya, 39 isteri, 94 anak, 14 menantu dan 33 cucu bahkan tinggal dalam 1 rumah dengan 4 tingkat dan 100 bilik, dilaporkan Dailymail.
KLIK UNTUK TABUNG BLOG INI
Ziona merasa Terberkati kerana mempunyai 39 isteri dan dapat hidup bahagia dalam satu rumah. Bahkan Ziona yang sudah mempunyai ramai cucu yang masih mempunyai anak yang usianya baru 5 tahun.

"Saya menganggap diri saya seorang lelaki berjaya menjadi suami dari 39 ketua keluarga yang terbesar di dunia," jelas Ziona Chana, seperti dilaporkan CNN, Jumaat (4/1/2011).

Lelaki India ini pernah berkahwin dengan 10 isterinya dalam 1 tahun, ketika dia masih dalam usia produktif. Dia bahkan tidak peduli dengan jumlah penduduk dunia yang telah mencapai angka 7 bilion, khususnya di India dengan penduduk terpadat kedua di dunia.

"Saya tidak peduli dengan kepadatan penduduk di India, saya percaya Tuhan telah memilih saya seperti ini (mempunyai keluarga besar). Mereka lahir dalam keluarga ini dan saya tidak mahu meninggalkan tradisi," jelas Ziona.

Keluarga besar Ziona tinggal di rumah terletak 4 jam dari lapangan terbang Mizoram di kampung terpencil Baktwang. Di rumah ungu cerah milik Ziona ini, mempunyai 22 bilik tidur.

Bilik isteri termuda terletak paling dekat dengan bilik tidurnya dan isteri yang paling tua ada di bilik dengan jarak paling jauh. Namun dia melaksanakan sistem giliran dengan isterinya.

"Kami tinggal dengan dia kerana dia adalah orang yang paling penting di rumah. Dia adalah orang yang paling tampan di kampung," jelas Chana (35 tahun) salah seorang isterinya.

Keluarganya membesar dengan disiplin tentera, dengan isterinya Zathiangi (isteri tertua) mengatur isteri-isteri lain untuk melakukan kerja-kerja rumah tangga seperti membersihkan rumah, mencuci dan menyediakan makanan.

Isterinya yang lain, Huntharnghanki, berkata seluruh keluarga boleh bergaul dengan baik. Sistem keluarga berdasarkan pada cinta dan saling menghormati.

Dengan jumlah ahli keluarga yang besar, jelas makanan yang harus disiapkan juga besar. Dalam sekali makan malam, keluarga ini boleh menghabiskan 30 ekor ayam, 60 kg kentang dan hampir 100 kg beras.
Diterjemah dari fiqhislam

0 comments:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
 
Hari-hari rakyat susah 2.0 Copyright © sejak 2007 Hari-hari rakyat susah 2.0 Keretaburuk/Tempe Goreng Blogger Template