Wednesday, November 23, 2011

SEPULUH RUMAH ROSAK DILANDA RIBUT

BO - Sekurang-kurangnya sepuluh buah rumah di Kampung Geliga Pantai dekat sini rosak teruk dipukul ribut yang melanda kira-kira jam 4 petang Rabu 23 November.

Menurut Ahli Jawatankuasa PAS Cawangan Geliga Ariffin Yusof, kejadian 'ribut kilat' yang berlaku 10 minit tersebut telah menerbangkan atap rumah penduduk terbabit.

"Lebih kurang 10 buah rumah yang rosak, ribut melanda dengan pantas, tak sampai 10 minit kira-kira pada jam 4 petang,"ujarnya ketika ditemui skuad Buletinonline
KLIK UNTUK TABUNG BLOG INI

Sementara itu, Pengarah Majlis Tindakan DUN Chukai, Haji Hanafiah Mat yang ;bersegera' melawat tempat kejadian meminta semua penduduk yang ditimpa bencana tersebut agar bersabar.

"Saya minta semua yang dilanda tragedi ini supaya bersabar,"ujarnya.

Beliau turut menggesa pihak bertanggungjawab supaya mengambil perjalanan segera membantu mereka.

Menurutnya, kerugian dianggarkan lebih RM100,000 dan pihaknya akan memberi bantuan segera bagi mengurangkan beban kehidupan masngsa-mangsa terbabit

0 comments:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
 
Hari-hari rakyat susah 2.0 Copyright © sejak 2007 Hari-hari rakyat susah 2.0 Keretaburuk/Tempe Goreng Blogger Template