Monday, November 14, 2011

Produk kedai 1Malaysia tak menepati piawaian makanan


KD - Selepas membongkar harga barang yang lebih mahal berbanding pasaraya tempatan, Pakatan Rakyat hari ini mendedahkan produk Kedai 1Malaysia (KR1M) tidak menepati Akta Makanan dan Peraturan 128.
Ahli Parlimen Petaling Jaya Utara, Tony Phua berkata, berlaku penipuan kepada label yang digunakan oleh kedai 1Malaysia terhadap salah satu produknya iaitu Sos Tiram 1Malaysia.
“Kita lihat produk yang sama dari tiga keluaran lain menggunakan tiram sebagai bahan utamanya, tetapi sos tiram 1Malaysia hanya menggunakan perisa tiram,”
“Ada dijelaskan dalam akta perisa makanan jikalau perisa kita kena tulis perisa tiram. Jadi, kalau tulis perisa tiram ok, tetapi label yang digunakan adalah sos tiram, ini jelas melanggar akta makanan dan peraturan.
“Ini jelas wujud penipuan yang mereka ingin lakukan pada jenama mereka dengan tujuan memperdayakan pengguna,” sambungnya lagi.
Justeru itu katanya, Kementerian Kesihatan perlu mengambil tindakan segera untuk menarik balik produk yang tidak menepati standard yang ditetapkan tanpa perlu menyiasat lagi.
“Apa tunggu lagi? Tak perlu pergi makmal,” katanya pada sidang media di Parlimen hari ini.
Tambahnya, beliau percaya  terdaapt banyak lagi produk yang tidak mengikut piawaian yang ditetapkan jika dilakukan penelitian yang lebih terperinci.
Sementara itu Ahli Parlimen Kuala Selangor, Dr Dzulkefly Ahmad menggesa kerajaan tidak mengambil kesempatan atas jenama 1Malaysia kerana golongan pembeli adalah mereka yang berpendapatan rendah.
“Saya menyeru kepada kerajaan agar tidak menjadikan jenama produk 1Malaysia sebagai usaha mereka untuk mengambil kesempatan mengaut keuntungan.
“Pembeli produk tersebut terdiri dari mereka (rakyat) berpendapatan rendah dengan tindakan penipuan pada label tersebut seolah-olah golongan pembeli tersebut telah dipergunakan,” katanya.

KLIK UNTUK TABUNG BLOG INI

0 comments:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
 
Hari-hari rakyat susah 2.0 Copyright © sejak 2007 Hari-hari rakyat susah 2.0 Keretaburuk/Tempe Goreng Blogger Template