Tuesday, November 29, 2011

Perempuan ini dipenjara kerana diperkosa

HHRS 2.0 - Seorang perempuan Afghanistan yang diperkosa menghadapi dilema, iaitu mengahwini pemerkosanya atau menghabiskan 12 tahun hidupnya di penjara. Dia mengambil keputusan memilih pilihan pertama, menikahi pemerkosanya, dari mengelakkan dipenjara, kehormatannya, dan masa depan anak perempuannya yang lahir dari hasil rogol itu.

Peguam negara Afghanistan, Rabu (23/11/2011), menegaskan adanya pilihan itu. Peguam negara itu mengumumkan, seorang mangsa rogol, yang dipenjara kerana perzinaan, diberi pilihan untuk menikahi pemerkosanya dan masa hukumannya dikurangkan dari 12 tahun menjadi hanya 3 tahun. Pihak peguam mengatakan, perempuan itu menyatakan bersedia.

Gulnaz, nama perempuan tersebut kini berusia 21 tahun dan kejadian rogol itu berlaku dua tahun lalu. Mahkamah mengatakan, dia dihukum 12 tahun penjara kerana perzinaan. Ketika ini dia masih meringkuk di penjara Baghbadam di Kabul. Dia menjalani hukumannya bersama anaknya, hasil dari kejadian rogol itu.

Pemerkosaan tersebut menurut mahkamah merupakan perzinaan, merupakan aib, bukan hanya bagi dia tetapi bagi komunitinya. Maka, dia diberi pilihan untuk menikahi perogol agar boleh keluar dari penjara dan mengesahkan bayi perempuannya di mata masyarakat Afghanistan yang konservatif. Gulnaz ketika diwawancara CNN sambil menimang anak perempuannya di pangkuannya menjelaskan, pilihan berkahwin merupakan satu-satunya cara dia boleh keluar dari penjara dan memulihkan martabatnya.
KLIK UNTUK TABUNG BLOG INI
"Anak perempuan saya, bayi yang tidak bersalah. Siapa yang tahu saya akan mempunyai anak dengan cara seperti ini. Banyak orang mengatakan kepada saya bahawa setelah anak dilahirkan berikan saja kepada orang lain, tetapi mak cik saya mengatakan kepada saya untuk menjaga dia sebagai bukti bahawa saya tidak bersalah. "

Dia masih ingat hari yang mengubah hidupnya dua tahun lalu itu, yang merupakan mimpi buruk yang panjang. Si perogol tiba di rumah ketika ibu Gulnaz pergi untuk rawatan di hospital. "Pakaiannya (perogol) kotor pada ketika itu kerana dia pekerja pembinaan," katanya kepada CNN dalam sebuah wawancara eksklusif. "Dia menutup pintu dan tingkap. Saya pun mula berteriak, tapi dia membuat saya diam dengan meletakkan tangannya di mulut saya," katanya.

Gulnaz mengatakan, dia pada awalnya berupaya untuk menyembunyikan peristiwa itu kerana takut akan dibunuh sebab telah menimbulkan malu atau aib. Akhirnya aib itu terbongkar juga. Beberap bulan selepas kejadian rogol itu, dia mula menunjukkan tanda-tanda kehamilan, seperti mual dan muntah-muntah pada waktu pagi. Dia tidak boleh menyembunyikannya lagi. Siasatan dijalankan dan terbukti bahawa telah terjadi perzinaan.

Bukannya mendapat simpati, ia malah dituntut. Namun dia berfikir, dirinya masih bertuah kerana mendapat peluang kedua. Banyak perempuan dalam kedudukan sepertinya telah dibunuh di Afghanistan kerana insiden seperti itu menyebabkan rasa malu terhadap keluarga atau masyarakat.

Seorang jurucakap Peguam Negara Afghanistan, Rahmatullah Nazar, berkata, hukuman terhadap Gulnaz dikurangkan kepada tiga tahun dan bahawa kesalahan utama dia adalah tidak melaporkan rogol yang menimpanya lebih awal.

Peguam Gulnaz, Kim Motley, berkata, pelanggannya baru hari Selasa diberitahu bahawa hukumannya dikurangkan dan tidak ada notis rasmi berkaitan soal itu.

Rahmatullah Nazari berkata, siasatan pihak peguam menyimpulkan, tidak ada rogol. Yang terjadi adalah hubungan seks di luar nikah. Maka, kedua-duanya, si lelaki penyerang dan Gulnaz dihukum kerana melakukan zina. "Gulnaz mendakwa bahawa dia diperkosa. Tapi kerana dia melaporkan kejahatan itu empat bulan kemudian, kami tidak boleh mencari bukti (rogol) tersebut," kata Nazari. "Dia dihukum kerana tidak melaporkan kejahatan itu pada waktunya."

CNN mengesan perogol Gulnaz ke sebuah penjara di Kabul. Lelaki itu membantah berkaitan seks dengan Gulnaz. Dia mengatakan, dia menjalani hukuman kerana dituduh melakukan rogol. Dokumen keputusan hukumannya menunjukkan, dia dipenjara kerana "zina".

Para aktivis hak asasi manusia mengatakan, kes rogol sering ditangani sebagai perzinaan dalam sistem mahkamah di Afghanistan.

Sementara Nazari menambah, bagaimanapun, Gulnaz akan menerima pengampunan presiden. "Ada kemungkinan kuat bahawa dia akan diampuni berdasarkan sebuah dekri presiden pada hari-hari penting mendatang seperti pada Hari Raya Maulid Nabi atau tahun baru Afghanistan," kata Nazari.

Menurut Nazari, siasatan pihak peguam Afghanistan menyimpulkan, Gulnaz dan si penyerang telah beberapa kali melakukan hubungan seks atas suka sama suka. Beberapa bulan kemudian, ketika Gulnaz diketahui hamil, kata Nazari, keluarga mereka bertemu untuk menyelesaikan masalah melalui pola bayaran 'ganti rugi'. Ketika perbahasan itu, Nazari berkata, tuduhan rogol dibuat.

Gulnaz dihukuman penjara dua tahun, dan si perogol tujuh tahun. Sebuah keputusan di mahkamah rayuan kemudian menaikkan hukuman Gulnaz menjadi 12 tahun. Pada mahkamah ketiga, yang berlaku bulan yang lalu, memutuskan bahawa Gulnaz hanya menjalani tiga tahun dari masa hukumannya. Mahkamah itu menyatakan, dia dihukum bukan kerana perzinaan melainkan kerana tidak melaporkan kejahatan itu lebih awal.


0 comments:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
 
Hari-hari rakyat susah 2.0 Copyright © sejak 2007 Hari-hari rakyat susah 2.0 Keretaburuk/Tempe Goreng Blogger Template