Friday, November 4, 2011

Penyembelihan haiwan korban dilarang di Florida: "Ini dilarang. Saya cuba untuk melindungi binatang yang tidak berdosa."

HHRS 2.0 - Sebuah keputusan pesuruhjaya di Florida untuk melarang Udhiyah atau penyembelihan haiwan korban telah mengecewakan Muslim Amerika, hanya dua hari sebelum bermulanya Aidil Adha, salah satu daripada dua hari besar umat Islam.

"Itu sangat mengecewakan," kata Nezar Hamza, pengarah eksekutif bahagian Florida Selatan dari Council on American-Islamic Relations (CAIR), The Sentinel Sun melaporkan pada Khamis, 3 November.

"Kita akan mencari tempat lain. Tapi itu sangat mengganggu. Saya sangat kecewa dengan itu.

"Kami meminta izin dan bertindak melalui saluran yang tepat dan sekarang dilarang kerana seorang pesuruhjaya mempunyai masalah dengan itu."

KLIK UNTUK TABUNG BLOG INI
Pengerusi Sunrise City di Florida telah memutuskan untuk melarang penyembelihan haiwan korban oleh umat Islam di kawasan terbuka.

"Ya, saya cuba untuk menghentikannya," kata pesuruhjaya Sheila Alu.

"Ini dilarang. Saya cuba untuk melindungi binatang yang tidak berdosa." Katanya.

"Ini bukan tatacara yang sesuai untuk penyembelihan haiwan di kawasan terbuka di bandar yang penduduknya menyebutnya sebagai Sunrise. Biasanya upacara-upacara keagamaan berlangsung di kawasan luar bandar."

Muslim tempatan yang telah menetapkan tempat untuk melakukan penyembelihan di sebuah peternakan seluas 45-hektar di Jalan Hiatus di Sunrise pada hari Ahad dalam perayaan Aidil Adha.

Tapi pesuruhjaya berusaha untuk melarang acara atas tuntutan bahawa amalan itu melanggar hak-hak binatang.

"Aku bukan seorang vegetarian," kata Alu.

"Saya hanya tidak setuju dengan perlakuan tidak berperikemanusiaan terhadap haiwan. Melihat bagaimana mereka disembelih membuat air mata saya menitis."

Muslim Florida bingung dengan tuntutan pesuruhjaya bahawa penyembelihan melanggar hak-hak binatang.

"Daging dikorbankan menurut undang-undang negara dan Islam," kata Hamze.

"Tidak ada pertumpahan darah. Ini sangat berperikemanusiaan. Penyembelihan pada tenggorakan sangat cepat. Dan mereka kehabisan darah dalam masa beberapa saat. Para haiwan tidak menderita."

Sebuah keputusan mahkamah Agung AS tahun 1993 menguatkan keputusan pengorbanan haiwan untuk tujuan agama.

American Civil Liberties Union juga mengkritik usaha pesuruhjaya untuk menyekat penyembelihan haiwan korban bagi muslim.

"Jika [Alu] bertindak sendiri, menjadi sebuah soalan politik daripada hujah undang-undang," kata Derek Newton, jurucakap ACLU Florida.

"Jika dia menelefon dari pejabatnya dan mengatakan dia pesuruhjaya begitu dan begitu, mungkin itu menjadi masalah."

Sekarang, Muslim Florida telah berjaya mencari lokasi lain untuk melakukan penyembelihan.

"Kami mencari tempat lain," kata Hamze, tetapi tidak dirinci tempatnya.

"Saya benar-benar percaya dia hanya seorang pencinta haiwan," katanya tentang si pesuruhjaya tersebut, "dan saya tidak percaya dia mempunyai maksud dan jahat apapun terhadap komuniti Muslim."
Diterjemah dari muslimdaily

1 comments:

Anonymous said...

Dasar pemakan bangkai... mahu orang lain juga makan bangkai macam mereka.

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
 
Hari-hari rakyat susah 2.0 Copyright © sejak 2007 Hari-hari rakyat susah 2.0 Keretaburuk/Tempe Goreng Blogger Template