Saturday, November 26, 2011

PEJABAT MB TERENGGANU BELANJA PALING BESAR

BO - Pejabat Menteri Besar Terengganu ditegur oleh Laporan Ketua Audit Negara kerana membelanjakan jumlah wang yang besar pada tahun 2010.

Menurut Ketua Penerangan PAS, Ustaz Dato' Tuan Ibrahim Tuan Man, perbelanjaan tersebut adalah antara yang paling tinggi berbanding seluruh pejabat-pejabat Menteri Besar dan Ketua Menteri di seluruh negara.

Bahkan, Dato' Tuan Ibrahim menegaskan, belanja pejabat MB Terengganu adalah lebih besar daripada perbelanjaan bagi negeri Pahang dan negeri Kelantan sepanjang tahun berkenaan.

"Laporan Ketua Audit Negara menegur kerajaan negeri Terengganu, tahun lepas, oejabat Menteri Besar Terengganu sahaja,

"belanja pejabat Menteri Besar dan pejabat SUK (setiausaha Kerajaan negeri) RM845.65 juta,"ujarnya ketika menyampai ceramah penerangan di Kampung Banggol Pauh, dalam DUN Bukit Tunggal, dekat sini semalam 25 November.

Katanya jumlah seluruh perbelanjaan negeri Pahang termasuk gaji kakitangan, perbelanjaan pembangunan dan mengurus baru berjumlah RM700 juta.

KLIK UNTUK TABUNG BLOG INI

0 comments:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
 
Hari-hari rakyat susah 2.0 Copyright © sejak 2007 Hari-hari rakyat susah 2.0 Keretaburuk/Tempe Goreng Blogger Template