Thursday, November 24, 2011

Otak Albert Enstein dipamerkan di muzium

HHRS 2.0 - Disebabkan pengaruh Albert Enstein, muzium mempamerkan potongan otak saintis sepanjang zaman tersebut.

Seperti yang dikutip dari MSNBC, gambar yang mengandungi potongan tipis dari otak Albert Einstein akan dipamerkan di Mutter Museum, Philadelphia, Amerika Syarikat (AS).
Potongan otak tersebut merupakan sumbangan dari seorang neuropathologist yang telah menyimpannya selama berpuluh-puluh tahun.

Lucy Rorke-Adams dari Hospital of Philadephia menerima 46 potongan otak dari Albert Einstein sejak tahun 70-an dari isteri Einstein.

Thomas Stolz Harvey, seorang doktor dari Princeton Hospital, melakukan pembedahan terhadap Einstein beberapa jam selepas kematiannya pada 1955.
Headline
Meski Harvey dan penyelidik lain tidak termasuk kejanggalan pada otak Einstein, namun mereka mendapati bukti otak ahli fizik ternama tersebut mempunyai sel glial yang lebih banyak, yang mana berpengaruh terhadap hubungan antara neuron.

"Paparan otak Einstein kelihatan cukup 'muda' di bawah mikroskop, tidak menunjukkan perubahan bererti yang berkaitan dengan penuaan usia," ujar Rorke Adams.

KLIK UNTUK TABUNG BLOG INI

1 comments:

Anonymous said...

aku dengar ceramah dr danial zainal abidin dia kata sebenarnya kepintaran albert enstein hanya menyamai satu peratus kepintaran Imam Syafie Rahimahullah..bermakna Imam Syafie 99 kali lebih pintar daripada albert enstein..itu baru dikira kepintaran Imam Syafie dari sudut ilmu dunia, belum lagi diukur dengan kepintaran beliau dalam ilmu akhirat..WALLAH HUALAM

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
 
Hari-hari rakyat susah 2.0 Copyright © sejak 2007 Hari-hari rakyat susah 2.0 Keretaburuk/Tempe Goreng Blogger Template