Thursday, November 17, 2011

Mung nak 9 jam ke, atau RM500 ? jangan jadi bodooooo....


PAS mahu cadangan guru kerja 9 jam dimansuh


Harakah - PAS menggesa kerajaan memansuhkan cadangan menambah waktu kerja guru menjadi 9 jam sehari yang sedang dalam proses percubaan di beberapa buah negeri.

Naib Presiden PAS, Datuk Mahfuz Omar berkata, tindakan itu bukan hanya akan membebankan guru, malah kesan lebih besar adalah kualiti pengajaran yang akan diterima pelajar.

"Selama ini guru memang banyak dibeban dengan kerja lain selain mengajar.

"Apa yang kita bimbang, guru-guru ini akan hilang tumpuan kepada 'core business' mereka itu mengajar.

"Jika perkara sedemikian berlaku, yang akan menjadi mangsanya adalah anak-anak kita, para pelajar semua," katanya kepada Harakahdaily.
KLIK UNTUK TABUNG BLOG INI
Beliau mengulas projek perintis guru bekerja 9 jam yang sedang dilaksanakan di Sarawak dan bakal diperluas di di Melaka, Pahang dan Johor.

Difahamkan seramai lebih 5,000 guru dan 104 sekolah di seluruh negara terbabit dalam projek perintis tersebut dengan guru sebelah pagi bertugas di sekolah mulai pukul 7.30 pagi hingga 4.30 petang dan guru sebelah petang bertugas pukul 9.30 pagi hingga 6.30 petang.

Mahfuz yang juga ahli parlimen Pkok Sena pernah membangkitkan perkara sama di Dewan Rakyat Selasa lalu.

Mengulas lanjut, Mahfuz juga turut mempersoal tindakan kerajaan yang tidak membuat perbincangan terlebih dahulu dengan Kesatuan Perkhidmatan Perguruan Kebangsaan, NUTP, sebelum membuat keputusan melaksanakan projek perintis tersebut.

"Saya tak faham kenapa kerajaan boleh laksanakan perkara ini tanpa berbincang dan mendapat pandangan daripada pihak kesatuan guru.

"Apa salahnya bincang dahulu dengan mereka sebelum laksanakan," katanya lagi.

Sebelum ini, Presiden NUTP Hashim Adnan turut menyatakan bantahan dengan cadangan kerajaan itu.

Beliau menyifatkan tindakan tersebut 'boleh mematahkan semangat guru' disamping tidak praktikal kerana beberapa faktor.

Antaranya, sistem 2 sesi persekolahan yang masih dilaksanakan di kebanyakan sekolah.

Cadangan itu juga katanya, akan menambah beban dan tekanan kepada golongan pendidik yang tanggungjawab mereka selama ini tidak terhad kepada mendidik sahaja tetapi turut terlibat dalam pelbagai aktiviti kokurikulum dan kemasyaratan.

Dalam perkembangan lain, Timbalan Menteri Pelajaran Datuk Dr Wee Ka Siong semalam memberitahu Dewan Rakyat bahawa Timbalan Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin akan mengeluarkan kenyataan dalam masa terdekat berhubung perkara itu.

0 comments:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
 
Hari-hari rakyat susah 2.0 Copyright © sejak 2007 Hari-hari rakyat susah 2.0 Keretaburuk/Tempe Goreng Blogger Template