Tuesday, November 15, 2011

Mossad disebalik pengeboman di Iran - Blogger AS

HHRS 2.0 - Blogger Richard Silverstein mengatakan Sabtu lalu bahawa Israel adalah dalang di sebalik letupan yang mengorbankan sekurang-kurangnya 17 ahli Garda Revolusi Iran di pangkalan mereka dekat Tehran.

Dalam blog-nya, Tikun Olam, Silverstein memetik seorang pakar Israel yang mengatakan bahawa Mossad bertanggung jawab atas letupan tersebut, dan bekerja sama dengan kumpulan pembangkang Iran militan Mujahidin-e Khalq (MEK).

"Hal ini secara luas dikenali dalam kalangan perisikan bahawa Israel menggunakan MEK untuk tindakan berbeza dari perisikan sehingga keganasan seperti pembunuhan saintis nuklear dan pengeboman terhadap pemasangan tentera," kata Silverstein.

Dia menyambung insiden yang serupa dengan letupan yang berlaku hari Sabtu lalu di sebuah pangkalan peluru berpandu IRGC yang berbeza tahun lalu yang dilakukan oleh Mossad.

Silverstein mencatatkan bahawa sumbernya tidak pernah salah selama ini dalam laporan yang dia sampaikan. Diterjemahkan dari eramuslim
KLIK UNTUK TABUNG BLOG INI

0 comments:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
 
Hari-hari rakyat susah 2.0 Copyright © sejak 2007 Hari-hari rakyat susah 2.0 Keretaburuk/Tempe Goreng Blogger Template