Saturday, November 5, 2011

Majalah laknatullah Charlie Hebdo Diserang Molotov kerana hina nabi

HHRS 2.0 - Sebuah serangan molotov meletup di pejabat majalah mingguan Perancis Charlie Hebdo pada (2 / 11) setelah memaparkan ilustrasi yang dianggap gambar Nabi Muhammad pada kulit majalah tersebut.

Polis mengatakan tidak ada yang tercerdera dalam kebakaran yang berlaku pada sekitar pukul 01:00 tengah malam waktu tempatan di bangunan pejabat yang menjadi pejabat majalah Charlie Hebdo tersebut. Pintu tingkap pecah di lantai dan tingkat satu terdapat kerosakan akibat kebakaran di dalam bangunan. Pendakwa Paris mengatakan kepada Reuters bahawa dua bom molotov telah dilemparkan ke pejabat majalah tersebut.
KLIK UNTUK TABUNG BLOG INI
"Bangunan ini masih teguh. Masalahnya ialah tidak ada apa-apa lagi di dalamnya," kata Stephane Charbonnier, editor Charlie Hebdo, kepada radio Europe 1.

Edisi minggu ini, majalah Charlie Hebdo memaparkan kartun Nabi Muhammad dan tulisan dengan kata-kata: "100 sebatan jika anda tidak mati kerana tertawa."

Laman web majalah Charlie Hebdo pada Rabu lalu juga nampaknya telah dihack dan secara ringkas menunjukkan gambar sebuah masjid dengan mesej "Laa Ilaha Illallah," Diterjemah dari muslimdaily

0 comments:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
 
Hari-hari rakyat susah 2.0 Copyright © sejak 2007 Hari-hari rakyat susah 2.0 Keretaburuk/Tempe Goreng Blogger Template