Sunday, November 27, 2011

Kerana daging halal ramai yang memeluk islam, situasi membimbangkan bagi Simpkins ahli parlimen Australia

HHRS 2.0 - Meningkatnya jumlah warga Australia yang memeluk Islam kerana memakan daging halal.

Demikian ucapan salah seorang ahli parlimen Australia dari parti Liberal, Backbencher Lukas Simpkins ketika berpidato di hadapan ahli parlimen.

"Dengan mengambil daging halal, hal itu merupakan satu langkah bagi warga Australia memeluk Islam. Kita harus sedari itu," katanya seperti dilaporkanthewest.au.com, Jumaat (25/11).

Menurut Simpkin, situasi itu merupakan hal yang perlu diambil berat. Sebab, terlalu banyak tindakan minoriti (komuniti Muslim) tanpa mengira kewujudan majoriti Australia.
KLIK UNTUK TABUNG BLOG INI
Simpkins yang mengaku melakukan siasatan tak rasmi di daerah Cowan mengatakan daging pengeluaran Coles atau Woolworths berasal dari lembu yang disembelih dengan cara Islam. Meskipun bungkusan daging itu belum dicap label halal.

Kerana itu, dia menuntut kewujudan daging halal perlu dikenalpasti sehingga masyarakat Australia dapat menikmati daging lembu tanpa pengaruh agama minoriti.

"Nabi Muhammad pernah mengatakan bagaimana penyebaran Islam di seluruh dunia dapat dilakukan dengan mengajak kalangan bukan-Muslim untuk mengambil daging halal," katanya.

Sebabnya, Simpkins menyimpulkan dengan mengambil daging halal, masyarakat Australia telah melalui tahap awal menjadi Muslim.

Menteri Imigresen Australia, Chris Bowen berkata Pemimpin Pembangkang Tony Abbott perlu menegur Simpkins atas ucapannya itu.

"Semua ahli Parlimen perlu mempromosikan pemahaman dan keharmonian antara agama. Simpkins justeru melakukan perkara sebaliknya," kata beliau. Diterjemah dari fiqhislam

0 comments:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
 
Hari-hari rakyat susah 2.0 Copyright © sejak 2007 Hari-hari rakyat susah 2.0 Keretaburuk/Tempe Goreng Blogger Template