Tuesday, November 15, 2011

Kecoh: Taliban berperang dengan NATO di Twitter

Heboh! Taliban 'Perangi' NATO di Twitter
HHRS 2.0 - Taliban berperang dengan NATO di Afghanistan, itu sudah biasa. Tapi bagaimana kalau medan peperangannya sudah berubah. Tidak lagi di daratan melainkan di dunia maya.

Inilah yang terjadi Isnin lalu (14/11) ketika jurucakap Taliban menyerang NATO dalam medium Twitter. Peristiwa ini langsung menarik perhatian sejumlah media antarabangsa.

Jurucakap Taliban Abdulqahar Balkhi yang memulai 'twitwar' melawan International Security Assitance Force (ISAF)-NATO. Balkhi men-twit ke IASF soal mengapa tentara NATO menangkap rakan sejawatnay jurucakap Taliban.

Menurut Balkhi, dalam twitnya itu, jurucakap Taliban adalah warga awam. Humas ISAF langsung menjawab twit Balkhi.

"Dia (yang ditangkap) adalah jurucakap Taliban. Talibanbukan warga awam," katanya di jalur maya.

Melihat jawapan ini Balkhi marah. Dia lantas menceramah Bahagian perhubungan awam ISAF dengan sejumlah 'reply'. Dia menjelaskan maksud kata 'awam' menurut PBB yang bertugas di Afganistan.

Bahagian perhubungan awam ISAF tidak kehabisan akal. Dia membalas: "Mengingat adanya korban orang awam oleh Taliban ketika perayaan hari raya lalu, Anda mengajarkan kami tentang erti 'orang awam' itu menggelikan!" kata ISAF.

Sebelum itu, "twitwar" seperti ini pernah terjadi ketika Taliban men-twit untuk menyerang Kabul.
KLIK UNTUK TABUNG BLOG INI

0 comments:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
 
Hari-hari rakyat susah 2.0 Copyright © sejak 2007 Hari-hari rakyat susah 2.0 Keretaburuk/Tempe Goreng Blogger Template