Tuesday, November 1, 2011

Izinkan Saya Dipenjara Selamanya

HHRS 2.0 - Mungkin kita akan hairan jika mendengar ucapan seperti itu. Semua orang tidak ada yang mahu selama-lamanya berada penjara kerana memang di dalam tahanan semua hal tidak selesa. Namun berbeza dengan tahanan yang ini. Dia sangat ingin sekali berada di dalam Rutan 1 Surakarta. Sebab, baginya dipenjara tersebut dia mencari ketenangan batin yang luar biasa hebatnya.

Ida Pratamawati begitulah nama lengkapnya. Dia merupakan salah satu wisudawati terbaik penghafal Al-Quran. Kisah spiritualnya begitu berkesan apabila berada ditahanan. Perempuan tersebut adalah seoang muallaf. "Saya masuk Islam ketika bulan Ramadhan yang lalu" katanya. Pada awalnya dia masuk Islam kerana terpaksa. Sebab, dipenjara hanya dia yang beragama Hindu. Padahal setiap hari di Rutan selalu diadakan aktiviti kerohanian Islam dibimbing membaca Qur'an. Perempuan yang berasal dari Yogyakarta tersebut berpura-pura memilih beragama Islam.
KLIK UNTUK TABUNG BLOG INI
Kerana benci dengan aktiviti belajar Al-Quran yang dijalankan pada waktu  awal pagi dia selalu menelefon saudaranya agar menziarahinya supaya dengan demikian dia dapat mengelak dari aktiviti belajar Al-Quran. Dia melakukannya berkali kali. Hingga di suatu hari dia membuka-buka mushaf Al-Quran dan membaca terjemahan. Disitulah dia mendapatkan hidayah dari Allah SWT "Ayat demi ayat terus saya baca di situlah saya mencari kegelisahan batin yang selama ini menghinggapi diri saya." Ujar perempuan yang ditahan satu tahun setengah ini. Sehingga sampai suatu malam dia berdoa "Ya Tuhan jika Agama ini benar maka tunjukkanlah kebenaran." doanya. Keajaiban sering diterimanya sehingga dia semakin yakin Islam adalah agama yang benar.

Setelah sekian lama mempelajari dan meminta bimbingan dari pembimbing Rutan 1 akhirnya di bulan Ramadhan lalu wanita tersebut memeluk agama Islam. Dia semakin suka dengan membaca buku-buku Islam kerana dia sememangnya seoarang yang bijak maka ketika menghafalkan 30 juzuk dia sangat mudah melakukanya. Apabila ditanya apakah kes yang menyebabkan dia ditahan. Ibu dari dua anak ini sambil menangis menjelaskan beliau adalah seorang doktor, dan ditangkap kerana kes penyelewengan.

Banyak hal-hal yang tidak masuk akal ktika dia memeluk Islam. "Apa yang saya inginkan selalu saja Allah mengabulkannya." Tambahnya sambil menahan air mata yang terus keluar dari matanya. "Saya takut esok kalau keluar dari Rutan ini, sehingga saya pernah meminta kepada pengawal Rutan agar saya boleh tinggal di sini selamanya." kata wanita tersebut. Di akhir wawancara dia pun meminta agar didoakan supaya boleh istiqomah memeluk Islam dan dimudahkan dalam menjalani kehidupan selanjutnya. Diterjemah dari muslimdaily

0 comments:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
 
Hari-hari rakyat susah 2.0 Copyright © sejak 2007 Hari-hari rakyat susah 2.0 Keretaburuk/Tempe Goreng Blogger Template