Friday, November 11, 2011

Gaddafi dibunuh atas Arahan dari pihak ketiga - Bekas PM Libya

HHRS 2.0 - Mantan Perdana Menteri Libya Mahmud Jibril dengan yakin berkata bahawa tentera asing memerintahkan pelaksanaan bunuh terhadap Kolonel Muammar Gaddafi.

Dalam satu kenyataan mengejutkan, Mahmud Jibril, ketika ini duduk di kerusi Dewan Transisi Nasional (NTC) Libya, dia yakin bahawa Kolonel Gaddafi dibunuh atas arahan dari pihak ketiga.

Jibril berkata bahawa dia berharap "mereka tidak membunuh orang yang menembak Kolonel Gaddafi, dan hanya ditangkap, kerana banyak rahsia di sebalik pembunuhan Gaddafi yang boleh didedahkan."
KLIK UNTUK TABUNG BLOG INI
Dia juga menambah bahawa "orang ini (yang membunuh Gaddafi) mempunyai hubungan dengan beberapa negara dan para pemimpinnya."

Sementara menekankan dia tidak mempunyai bukti yang jelas tentang pembunuhan tersebut, Jibril mengatakan bahawa Gaddafi ditangkap dan tetap hidup untuk sementara waktu. "Selepas serangan di wajahnya, dia tiba-tiba mati," katanya menambah.

Dia meneruskan untuk mendedahkan keyakinannya bahawa pihak ketiga "mungkin suatu negara, atau Presiden atau pemimpin dalam apa cara sekalipun yang ingin membunuh Gaddafi, agar tidak terungkap banyak rahsia yang hanya Gaddafi mengetahuinya." Diterjemah dari eramuslim

1 comments:

Khalid Al-walid on October 4, 2012 at 10:59 PM said...

bagi saya gaddafi masih hidup dengan selesa di villa2 nya disebuah negara yang tidak diketahui..dia merupakan keturunan yahudi dan byk wt perniagaan dengan ketua Illuminati iaitu Rothschild..anak nya juga teman rapat dengan keluarga Rothschild dan sentiasa party bersama di perancis..ni kajian yang saya buat..benar atau salah pendapat saya Allah yang Maha mengetahui

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
 
Hari-hari rakyat susah 2.0 Copyright © sejak 2007 Hari-hari rakyat susah 2.0 Keretaburuk/Tempe Goreng Blogger Template