Tuesday, November 15, 2011

Fenomena sosial yang memalukan rakyat dan negeri Terengganu

JENAYAH KANAK-KANAK TERTINGGI; ADA SESUATAU YANG 'TAK KENA'
BO - Sebuah akhbar arus perdana pada Isnin, 14 November mendedahkan satu lagi fenomena sosial yang memalukan rakyat dan negeri Terengganu.

Menurut Pengarah Jabatan Penerangan PAS Terengganu, Ustaz Wan Sukairi Wan Abdullah, dalam kenyataanya kepada akhbar tersebut, Pengarah Bahagian Kanak-kanak Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM), Arfan Sulaiman berkata, Terengganu adalah negeri tertinggi di Semenanjung mengalami peningkatan jenayah dikalangan kanak-kanak.

"Pengarah Bahagian Kanak-kanak JKM, Arfan Sulaiman, menyatakan bahawa Terengganu adalah negeri ke 3 paling tinggi peningkatan kadar jenayah kanak-kanak iaitu sebanyak 41%,selepas negeri pertama Sarawak 87% dan Sabah 60%,

"Terengganu adalah negeri paling tinggi kenaikan di Semenanjung! Ini sangat memalukan rakyat dan negeri Terengganu,"ujarnya ketika menghubungi Buletinonline.

Beliau berkata, dengan kenyataan tersebut, ada sesuau yang 'tidak kena' dengan pencapaian-pencapaian peringkat kanak-kanak yang diheboh-hebohkan oleh kerajaan Umno dan Barisan Nasional (BN) sebelum ini.
KLIK UNTUK TABUNG BLOG INI

0 comments:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
 
Hari-hari rakyat susah 2.0 Copyright © sejak 2007 Hari-hari rakyat susah 2.0 Keretaburuk/Tempe Goreng Blogger Template