Wednesday, November 23, 2011

Bila hujung tahun, konon mereka lah juara rakyat!

JANGAN PERALATKAN MANGSA BANJIR !
BO - Umno dan Barisan Nasional didakwa memperalatkan mangsa-mangsa banjir dan menjadikan 'bencana alam' tersebut sebagai agenda politik murahan.

Setiausaha PAS Kawasan Setiu, Aminuddin Umat (gambar) turut memberi ingatan kepada mana-mana pihak supaya tidak memanupulasikan bantuan bajir dan memberikannya kepada mereka yang nerhak

Menurutnya banjir kali pertama yang berlaku di kawasan Langkap dalam daerah Setiu pada Isnin 21 November adalah kerana air bertakung yang tidak dapat mengalir.

Sebaliknya, kata beliau, Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Langkap Asha'ari Idris 'melakunkan' seolah-olah 'banjir besar' telah berlaku.
KLIK UNTUK TABUNG BLOG INI
"Banjir kali pertama ni sekejap je, air sebok (air tersumbat dan bertakung), sekarang ni doh surut, biase je org Umno, air kat buku lali pindah selalu (terus), (kerana mahu) mohon bantuan JKM (Jabatan Kebajikan Masyarakat),"ujarnya ketika dihubungi oleh Buletinonline.

Beliau menegaskan, berdasarkan laporan Bernama yang dipetik akhbar tempatan semalam, air sungai Langkap mencecah 21.53 meter, hanya 0.03 meter melebihi tahap bahaya iaitu 21.5 meter.

Sehubungan itu, beliau berkata PAS Kawasan Setiu telah menyediakan pelan bertindak bagi menghadapi sebarang kemungkinan banjir besar yang dilaporkan akan berlaku pada tahun ini.

Beliau berkata, seramai 200 orang pemuda PAS di bawah Unit Amal PAS Kawasan Setiu sedia digerakkan pada bila-bila masa memberi bantuan kepada penduduk sekiranya air bah mengancaman keselamatan nyawa dan harta benda.

"Kita (PAS Kawasan Setiu) telah menyediakan satu pelan bertindak sekiranya banjir besar, bukan sahaja menyediakan alat kelengkapan untuk menyelamat,

"seramai 200 orang pemuda kita sedia pada bila-bila masa untuk mengharung air bagi membantu penduduk sekiranya nyawa mereka dalam bahaya,"jelasnya.

Menurutnya, 'modus operandi' menghadapi banjir adalah merupakan rutin aktiviti tahunan PAS dan segala persiapan sebagaimana diarahkan pihak Badan Perhubungan PAS Negeri telah dibuat.

Katanya, surau-surau dan markaz PAS diseluruh kawasan Setiu akan menjadi 'pusat-pusat menyelamat' bagi menyediakan keperluan kepada mangsa-mangsa banjir.

Menurutnya, lima Pusat Asuhan Tunas Islam (PASTI) di DUN Langkap dan empat di DUN Permaisuri sudah dikenal pasti menjadi pusat-pusat menyelamat tersebut.

0 comments:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
 
Hari-hari rakyat susah 2.0 Copyright © sejak 2007 Hari-hari rakyat susah 2.0 Keretaburuk/Tempe Goreng Blogger Template