Friday, November 25, 2011

Bersih 2.0: Inkues kematian Baharudin mula 30 Januari

TMI - Mahkamah Koroner di sini menetapkan 30 dan 31 Januari dan lima hari lagi pada Februari tahun depan untuk prosiding inkues bagi menyiasat punca kematian Baharudin Ahmad, yang meninggal dunia ketika menyertai satu perhimpunan haram 9 Julai lalu.

Selain dua hari pada Januari itu, Koroner Zulkpli Abdullah, turut menetapkan 2,3,8,9 dan 10 Februari untuk mendengar prosiding itu.

Inkues itu akan dibantu pegawai pengendali Kalmizah Salleh dan Ahmad Ishraq Saad manakala peguam Chan Chew Weng dan Ahmad Jufliz Faiza akan mewakili keluarga Allahyarham Baharudin, lapor Bernama Online.

Isteri Allahyarham Baharudin Rosni Malan, 55, pernah membuat permohonan pada akhir bulan Julai lalu bagi diadakan satu siasatan untuk mengetahui punca kematian suaminya.
KLIK UNTUK TABUNG BLOG INI
Dia juga memohon semua laporan serta dokumen-dokumen berkenaan bedah siasat yang dilakukan ke atas mayat Allahyarham Baharudin di Hospital Kuala Lumpur diserahkan kepada peguam dengan serta-merta.

Dalam afidavit yang difailkan untuk menyokong permohonan itu, Rosni berkata dia dimaklumkan oleh anaknya, Hadriyudin bahawa Allahyarham Baharudin meninggal dunia dekat bangunan Avenue K, Jalan Ampang di sini ketika menyertai perhimpunan Bersih.

0 comments:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
 
Hari-hari rakyat susah 2.0 Copyright © sejak 2007 Hari-hari rakyat susah 2.0 Keretaburuk/Tempe Goreng Blogger Template