Saturday, November 19, 2011

Bekas Presiden Filipina Macapagal Arroyo ditangkap

Arroyo Ditangkap Saat Akan ke Singapura
HHRS 2.0 - Mantan Presiden Filipina, Gloria Macapagal Arroyo ditangkap di lapangan terbang Manila ketika dalam perjalanannya ke Singapura untuk menjalani rawatan perubatan. Kerajaan menghentikan penerbangan Arroyo yang kemungkinan untuk mengelak dari penangkapan.

Mahkamah Agung Filipina telah menegaskan melarang Arroyo dan suaminya untuk melakukan penerbangan ke Singapura, dengan surat arahan.

Presiden Benigno Aquino yang sedang berkempen memerangi rasuah memastikan akan mengadili Arroyo untuk bertanggungjawab dalam kes penipuan dalam pilihanraya umum.

Arroyo sebelumnya merancang akan terbang ke Singapura, Jerman, dan negara-negara lain untuk melakukan rawatan. "Larangan ke luar negara merupakan tindakan kezaliman," kata Raul Lambino, peguam Arroyo, seperti dikutip dari agensi berita BBC.

Arroyo termasuk dalam senarai orang yang harus mendapat kebenaran khusus untuk melakukan perjalanan ke luar negeri.
KLIK UNTUK TABUNG BLOG INI
Mantan pemimpin berusia 64 tahun itu bersama suaminya, Mike Arroyo, menghadapi dua tuduhan berkaitan kes penipuan pilihan raya untuk memilih ahli parlimen pada 2007. Penipuan tersebut menyebabkan seorang calon dari pihak pembangkang gagal meraih kemenangan.

Selain itu, Arroyo menghadapi tuduhan penipuan pilihan raya presiden 2004 dan rasuah dalam pemerintahannya.

Arroyo mengaku ingin pergi ke luar negera agar boleh menjalani rawatan perubatan. Dia mengaku belum seratus peratus pulih selepas menjalani tiga pembedahan perubatan untuk mengubati sakit pada tulang belakang di bahagian tengkuk. Maka, dia harus memakai alat bantuan penyangga tubuh.

Sebenarnya, Arroyo sempat pergi ke lapangan terbang antarabangsa di Manila pada Selasa lalu namun Mahkamah Agung memberi pengecualian atas pencekalan kerajaan. Namun, dengan menggunakan kerusi roda dan alat bantu di leher, Arroyo dan suaminya tetap dicegah pihak berkuasa ke luar negera. Diterjemah dari fiqhislam

Satu kepastiannya begitu layanannya untuk mana-mana bekas pemimpin yang berlaku zalim semasa era sedapnya. - HHRS 2.0

0 comments:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
 
Hari-hari rakyat susah 2.0 Copyright © sejak 2007 Hari-hari rakyat susah 2.0 Keretaburuk/Tempe Goreng Blogger Template