Saturday, November 5, 2011

Banjir besar di Somalia

HHRS 2.0 - Ribuan warga Somalia yang sebelum itu meninggalkan rumah mereka akibat kelaparan dan kemarau dan sekarang mereka mencari tempat berlindung dari hujan lebat dan banjir di kawasan itu, kata PBB.

Pada hari Jumaat semalam (4 / 11), jurucakap Pengerusi Tinggi PBB untuk Pelarian (UNHCR) Andrej Mahecic mengatakan, "Ribuan pelarian Somalia menghadapi hujan lebat dan banjir di beberapa bahagian Somalia, Kenya dan Ethiopia."

Menurut UNHCR, tempat perlindungan telah hancur di kem Sigale di Mogadishu, di mana menempatkan hampir 2800 pelarian tinggal, AFP melaporkan.

Selain itu, kira-kira 5000 orang menghadapi banjir di kem pelarian Dadaab di bahagian timur Kenya.

Ada juga peningkatan jumlah kes cirit birit akibat kerosakan jamban di kem-kem pelarian.

Pejabat UNHCR berkata jumlah pelarian menuju kem Dadaab telah menurun akibat peningkatan ketegangan di sempadan Somalia-Kenya, di mana pasukan Kenya bertembung dengan pejuang al-Shabaab selama beberapa minggu terakhir.

Dadaab adalah kem pelarian terbesar di dunia dan merupakan rumah bagi hampir 450000 orang, terutama pelarian Somalia yang melarikan diri kerana kemarau, kelaparan, dan perang. Diterjemah dari eramuslim
KLIK UNTUK TABUNG BLOG INI

0 comments:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
 
Hari-hari rakyat susah 2.0 Copyright © sejak 2007 Hari-hari rakyat susah 2.0 Keretaburuk/Tempe Goreng Blogger Template