Thursday, November 17, 2011

Bangkai makhluk asing di simpan dalam peti sejuk? (gambar)

HHRS 2.0 - Seorang wanita di Rusia menggegarkan para saintis di negera itu. Wanita itu mengaku menyimpan bangkai makhluk pelik seperti alien dalam peti ais.

Marta Yegorovnam mendakwa bahawa makhluk itu ditemui dua tahun lalu di sebuah tempat yang mengeluarkan bunyi letupan kuat di luar rumahnya di Petrozavodsk, Rusia barat. Apabila terdengar bunyi itu, dia bergegas keluar dari rumahnya dan mendekati punca bunyi tersebut.

Setibanya di lokasi, Marta mengaku mendapati  serpihan terbakar serta logam-logam yang sudah bertaburan dan sangat panas. Dia juga melihat tubuh alien tersebut.
KLIK UNTUK TABUNG BLOG INI
Kerana ingin menjaga ketahanan bangkai makhluk tersebut, Marta mengawetnya dengan cara membungkusnya dalam plastik dan memasukkannya ke dalam peti beku di peti sejuk.

Penemuan Marta itu tidak serta-merta untuk orang lain mempercayainya. Ada pula yang menganggap bungkusan itu hanyalah sayur-sayuran busuk. Meskipun demikian, para saintis dari Akademi Sains Karelian di Petrozavodsk merasa ingin tahu dan mahu menyiasat kebenaran cerita Marta.

Pemerhati UFO, Michael Cohen, mengatakan bahawa Rusia merupakan sarang kegiatan objek-objek luar angkasa. Dia juga percaya bahawa pesawat alien mungkin pernah terpantau oleh agensi tentera atau pihak-pihak swasta tempatan.

"Ini boleh jadi sebuah penipuan, tetapi kemungkinan bahawa ini merupakan makhluk asing yang benar sebaiknya tidak diabaikan. Dalam setiap kemungkinan, makhluk asing akan kelihatan pelik bagi kita, seperti spesimen ini," kata Cohen. Diterjemah dari kompas

0 comments:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
 
Hari-hari rakyat susah 2.0 Copyright © sejak 2007 Hari-hari rakyat susah 2.0 Keretaburuk/Tempe Goreng Blogger Template