Monday, November 14, 2011

Bangkai dan Darah Babi Ditanam di Lokasi Pembangunan Masjid

Bangkai dan Darah Babi Ditanam di Lokasi Pembangunan Masjid di Swiss
HHRS 2.0 - Muslim di Switzerland  marah setelah bangkai babi dan kepala babi ditemui terkubur di lokasi yang dirancang untuk dibangunkan sebuah masjid.

Polis di bandar Grenchen mencari bangkai babi Jumaat lalu setelah mereka menerima mesej tanpa nama yang mendakwa bahawa seseorang telah menanam bahagian-bahagian tubuh babi dan menumpahkan 120 liter darah dari haiwan haram tersebut dalam usaha untuk menodai tanah tempat pembinaan masjid dalam usaha untuk menghentikan pembangunan masjid.

Mesej tanpa nama, ditulis dalam bahasa Jerman, mengatakan "Operasi ini dilakukan untuk memprotes pengembangan pertumbuhan Islam di Switzerland," dan mengatakan bahawa penodaan serupa berlaku di Sepanyol sebelumnya dalam usaha menghentikan projek lain dari pembinaan masjid.
KLIK UNTUK TABUNG BLOG INI
Thomas Suber, ketua polis, mengatakan kepada CNN melalui telefon bahawa tidak ada suspek ketika ini, tetapi penyiasatan penuh sedang dilakukan.

"Kita tidak boleh mengatakan hal itu kejahatan perkauman dalam kata lain tetapi boleh dilakukan untuk menghentikan masjid," kata Suber.

Suber mengatakan bahawa sesiapa pun yang bertanggung jawab boleh dikenakan tuduhan mencemarkan alam sekitar.

Namun bagi umat Islam di Switzerland, serangan tersebut hanya tanda terbaru bahawa mereka menjadi korban dari Islamofobia.

Abdel Azziz Qaasim Illi, jurucakap Dewan Islam Switzerland berkata tindakan Islamofobia terhadap umat Islam telah berlaku sejak referendum rakyat pada tahun 2009 yang melarang pembangunan menara baru masjid. Diterjemah dari eramuslim


0 comments:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
 
Hari-hari rakyat susah 2.0 Copyright © sejak 2007 Hari-hari rakyat susah 2.0 Keretaburuk/Tempe Goreng Blogger Template