Thursday, November 3, 2011

1 daripada 15 rakyat Amerika adalah miskin

HHRS 2.0 - Bilangan orang miskin di Amerika Syarikat mencapai tahap tertinggi di sepanjang sejarah. Sekurang-kurangnya satu di antara 15 orang di negara kuasa besar tergolong miskin.

Data bancian terbaru menunjukkan permasalahn negara ini terhadap memperkasakan tenaga kerja. Jumlah pengangguran meningkat mendadak.

Sekitar 20,5 juta orang asli Amerika, atau 6,7% dari populasi di Amerika Syarikat, masuk dalam kategori termiskin. Angka yang dikeluarkan Biro Banci AS ini adalah yang tertinggi dalam 35 tahun terakhir.

Mereka mewakili 46,2 juta orang yang tercatat di bawah garis kemiskinan.

Pada 2010, angka kemiskinan di AS ditentukan dengan batasan pendapatan minimum US $ 5.570 per kapita atau US $ 11.157 per keluarga.
KLIK UNTUK TABUNG BLOG INI
Robert Moffitt, profesor ekonomi Johns Hopkins University, mengakui pada keadaan kemelesetan sementara, ekonomi mungkin pulih selepas gelombang kemelesetan berakhir.

"Namun yang harus dikhuatiri adalah downturn yang akan berlangsung lebih lama pada mereka yang kehilangan pekerjaan. Ini boleh memburukkan lagi keadaan," ujarnya dikutip AP.

Kemiskinan melanda di beberapa kawasan termasuk kawasan hitam. Kadar kemiskinan meningkat sehingga hingga 40% dua kali ganda.

Mariana Gripaldi, pendatang asal Argentina yang tinggal di penempatan kelas menengah Biscayne Bay, menjadi saksi peningkatan jenayah di daerahnya kerana jumlah orang miskin yang kian bertambah dalam 2 tahun terakhir.

"Ketika ini polis membuat rondaan sekali atau dua kali setiap malam. Kami ingin mencari tempat tinggal baru tetapi semua mahal. Rumah dua bilik dengan satu bilik mandi berharga US $ 1,500."

Malangnya, wanita yang telah 10 tahun tinggal di Amerika Syarikat itu mengaku tidak dapat berbuat apa-apa dengan perubahan sosial yang berlaku di negara itu.

1 comments:

Anonymous said...

tangan yang memberi lebih baik daripada tangan yang menerima... semoga kita semua diberkatiNya, Aameen =)

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
 
Hari-hari rakyat susah 2.0 Copyright © sejak 2007 Hari-hari rakyat susah 2.0 Keretaburuk/Tempe Goreng Blogger Template