Thursday, October 27, 2011

Wang rakyat RM750,000 digunakan kerajaan untuk hanya 'satu acara' bolasepak

PEMUDA PAS PERSOAL TINDAKAN KERAJAAN SUBSIDI TIKET BOLA
BO - Dewan Pemuda PAS negeri Terengganu mengucapkan tahniah kepada pasukan bolaspeak negeri Terengganu kerana berjaya melangkah ke perlawanan akhir pertandingan bolasepak Piala Malaysia.

Namun begitu, mereka mempersoalkan tindakan Menteri Besar Dato' Seri Ahmad Said dan kerajaan yang menggunakan wang kerajaan memberi subsidi tiket ke perlawanan akhir tersebut.

Ketua Penerangannya, Sheikh Hanafi Abdul Aziz berkata, jumlah wang sebanyak RM750,000 digunakan kerajaan untuk hanya 'satu acara' bolasepak dianggap tidak wajar.

"Kita agak terkejut dan perlu menegur tindakan kerajaan negeri yang mengumumkan pemberian subsidi sebanyak 50% untk 30,000 keping tiket perlawanan, semuanya dianggarkan berjumlah RM750,000.00,
KLIK UNTUK TABUNG BLOG INI
"jumlah itu sangat besar dalam keadaan banyak program-program lain yang sangat penting,"ujarnya pada satu sidang media khas yang diadakan semalam, Rabu 26 Okober.

Menurutnya, yang juga Ketua Dewan Pemuda PAS Kawasan Dungun, Ahmad Said dalam ucapannya baru-baru ini bimbang kerana kerajaan negeri tidak punya wang untuk membayar bonus kakitangan negeri berjulah RM18 juta.

Sebaliknya, pada masa yang sama, beliau berkata, Ahmad boleh menghabiskan wang yang banyak hanya untuk satu acara yang hanya bersifat 'sekali' sahaja.

Beliau menempelak Ahmad yang sepatutnya tidak patut sangsi kesetiaan peminat bolasepak negeri Terengganu dalam menyokong pasukan bolasepaknya.

"Mereka (penyokong Terengganu) pasti akan memenuhi stadium untuk memberikan sokongan kepada pasukan mereka,

"Justeru, kami rasakan tidak perlu subsidi yang begitu besar diberikan,"tegasnya.

Katanya, banyak lagi keperluan lain yang lebih memberi manfaat kepada peminat bolasepak bagi mengikuti perlawanan akhir seperti menyediakan prkhidmatan bas atau meperbanyakkan tempat-tempat bagi mengikuti siaran langsung.

Beliau menjelaskan, daripada membelanjakan wang yang banyak memberikan subsidi tiket bola, lebih baik kerajaan menumpukan soal mengurangkan beban rakyat dan mengurangkan kadar kemiskinan,

"Mesti dilihat keutamaan (kepada isu) kenaikan harga (dan) rkyat yang semakin terhimpit kehidupannya, negeri Terengganu (merupakan) negeri kedua termiskin (di Malaysia),

"bukanlah ini semua mendesak kita semua belanja secara berhemah, dalam keadaan keadaan ekonomi yang tidak menentu kini?,"soalnya

0 comments:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
 
Hari-hari rakyat susah 2.0 Copyright © sejak 2007 Hari-hari rakyat susah 2.0 Keretaburuk/Tempe Goreng Blogger Template