Wednesday, October 12, 2011

Virus terbesar di dunia ditemui

Sainstis dikejutkan oleh penemuan virus terbesar di dunia di persisir pantai Chile. Virus ini mempunyai lebih dari 1000 genome, demikian papar saintis pada AFP, Senin (10/10/2011).

Virus jenis baru tersebut dinamakan Megavirus chilensis, mengikut saiz dan tempat penemuannya. Genome virus ini 6,5% lebih besar dari kod DNA virus terbesar sebelumnya, Mimivirus, yang ditemui pada tahun 2003.

Secara teori, Virus berbeza dengan bakteria kerana lebih kecil dan tidak boleh membiak tanpa perumah makhluk hidup. Tapi, saiz virus jenis baru ini lebih besar dari bakteria dan merupakan virus DNA terkompleks.

Virus ini ditemui dari sampel air laut di kawasan pesisir pantai Las Cruses, Chile. Sampai saat ini, belum diketahui makhluk hidup yang menjadi perumah virus ini.

"M. chilensis nampaknya tidak berbahaya bagi manusia," kata Jean Michel Claverie, penyelidik dari National Centre for Scientific Research (CNRS) di Perancis yang terlibat penelitian ini.

Kerana ukurannya besar, maka untuk melihat virus ini, Claverie mengatakan, "anda tidak perlu mikroskop elektron untuk melihatnya, anda boleh melihat dengan mikroskop cahaya biasa."

Penemuan ini diterbitkan di Proceedings of the National Academy of Sciences. Secara terperinci, genome virus ini terdiri dari 1.259.197 ikatan nitrogen dan 1.120 gen

Diterjemah dari kompas
KLIK UNTUK TABUNG BLOG INI

0 comments:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
 
Hari-hari rakyat susah 2.0 Copyright © sejak 2007 Hari-hari rakyat susah 2.0 Keretaburuk/Tempe Goreng Blogger Template