Sunday, October 2, 2011

Video: Misteri Laut Mati, air tawar keluar dari dasar laut


Untuk kali pertamanya dalam sejarah, para saintis menghantar penyelam untuk menjelajah Laut Mati. Penemuan yang tidak disangka, mereka menemui mata air tawar yang berasal dari kawah di bawah laut dan juga haiwan mikrob di dalamnya.

Air tawar menyembur dari dinding curam 15 x 20 meter. Para saintis mencari air membentuk mata air kompleks yang mengalir di beberapa tempat di dasar Laut Mati dengan kedalam 30 meter dan panjangnya sampai beratus-ratus meter.

Penyelam juga mencari hamparan mikrob hidup berhampiran lubang-lubang yang berada di dasar laut. Penemuan makhluk hidup di persekitaran yang sebelumnya diyakini bahawa Laut Mati tidak boleh menumpang kehidupan adalah sesuatu yang mengejutkan.

"Meskipun tidak ada ikan yang dijumpai, lapisan mikroorganisme yang menutupi kawasan dasar Laut Mati diyakini terdiri daripada banyak spesies," kata Danny Ionescu dari Max Planck Institute for Marine Microbiology Jerman, yang juga ikut dalam ekspedisi ini, seperti dimuat laman sains, Our Amazing Planet , 27 September 2011.

KLIK UNTUK TABUNG BLOG INI

0 comments:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
 
Hari-hari rakyat susah 2.0 Copyright © sejak 2007 Hari-hari rakyat susah 2.0 Keretaburuk/Tempe Goreng Blogger Template