Friday, October 28, 2011

Ulama Arab Saudi tawarkan 100k Dollar AS untuk rakyat Palestin yang berjaya culik seorang tentera Israel

Ulama Saudi Siapkan Hadiah Rp 887 Juta bagi Penculik Tentara Israel
HHRS 2.0 -  Seorang ulama terkenal Arab Saudi telah menawarkan untuk memberi hadiah 100 ribu dollar AS pada rakyat Palestin yang berjaya menculik seorang tentera Israel. Mesej tersebut dikeluarkan melalui laman Facebook ulama tersebut.

Awad al-Qarni, nama ulama tersebut, mengaku mengambil keputusan tersebut untuk menyahut seruan serupa yang dijanjikan oleh sebuah keluarga dari Israel. Keluarga tersebut menjanjikan hadiah besar bagi setiap orang yang berjaya menangkap pesalah yang telah membunuh salah seorang ahli keluarga mereka pada 1998.

Tawaran-tawaran itu muncul menyusul pertukaran tahanan Israel dan Palestin pada bulan ini. Sebanyak 1000 lebih tawanan Palestin ditukar dengan seorang tebusan tentera Israel Gilad Shalit.
KLIK UNTUK TABUNG BLOG INI
"Media melaporkan berita tentang penduduk Zionis akan membayar wang tebusan sangat besar pada siapa saja yang membunuh tawanan Palestin yang telah dibebaskan itu," kata Qarni di laman Facebooknya. "Dalam tanggapan pada orang-orang jahat itu, saya umumkan pada dunia bahawa saya komited untuk membayar hadiah 100000 dolar AS pada warga Palestin di Palestin yang dapat menangkap tentera Israel untuk ditukar dengan para tawanan yang tinggal."

Qarni terkenal di Arab Saudi kerana pandangannya yang terus-terang. Dia bukan sebahagian daripada kumpulan ulama rasmi.

Kepada televisyen Al Arabiya, Qarni mengatakan bahawa dia telah menerima sokongan luas di laman Facebook-nya. "Kami juga telah menerima surat dari kumpulan-kumpulan dari negara-negara Arab. Jadi, masalah ini tidak terhad kepada Qarni yang hanya sebagai orang yang melancarkan inisiatif," katanya.
Diterjemah dari republika.co.id

2 comments:

Anonymous said...

Kalau guna tentera Malaysia untuk culik tentera Israel boleh tak? Bukan apa nak buat cover belanja melampau dalam membeli kereta perisai untuk ATM.

zonejb on October 28, 2011 at 10:18 PM said...

selamat sejahtera En/Cik/Tuan/puan. kami telah mewujudkan 1 blog iaitu SENARAI BLOG-BLOG MALAYSIA. kami masih baru lagi di sini.maka kami masih mencari lebih banyak lagi blog-blog untuk di masukkan kedalam blog kami. untuk permulaan blog En/Cik/Tan/Puan telah terpilih dan telahpun di masukkan kedalam blog kami. oleh itu kami meminta jasa En/Cik/Tuan/Puan untuk memasukkan blog kami kedalam bloglist En/Cik/Tuan/Puan. di sini kami sertakan link blog kami iaitu:-

http://bloglistmalaysia.blogspot.com

sila maklumkan kepada kami sekiranya En/Cik/Tuan/Puan telah memasukkan blog kami kedalam bloglist En/Cik/Tuan/Puan.

kerjasama En/Cik/Tuan/Puan amat kami hargai

terima kasih

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
 
Hari-hari rakyat susah 2.0 Copyright © sejak 2007 Hari-hari rakyat susah 2.0 Keretaburuk/Tempe Goreng Blogger Template