Wednesday, October 19, 2011

Sisa-sisa tsunami Jepun Mac lalu seperti tv, kapal laut hanyut sehingga 3000 kilometer

HHRS 2.0 - STS Pallada, sebuah kapal milik Russia mencari sisa-sisa berupa harta benda akibat gempa dan tsunami Jepun yang berlaku pada Mac 2011 lalu. Sisa serpihan tersebut hanyut di Lautan Pasifik, beribu-ribu kilometer jauhnya dari pusat bencana.

Dalam perjalanan pulang dari Honolulu ke Vladivostok, anak kapal menemui sebuah kapal ikan sepanjang 6 meter yang hanyut sehingga 3100 kilometer dari lautan lepas pantai Jepun. Kapal ikan tersebut diangkat naik ke STS Pallada untuk dibawa ke Jepun dan akan menjejak siapa pemiliknya.
KLIK UNTUK TABUNG BLOG INI
"Kami juga menemui set televisyen, peti sejuk, dan beberapa peralatan rumah lain," kata anak kapal tersebut. "Selain itu ada juga benda-benda seperti papan kayu, botol plastik, pelampung dari jaring ikan, dan objek menyerupai besen, drum, kasut bot, dan sisa lain," katanya.

Gempa dengan magnitude 9.0 dan menyebabkan berlakunya tsunami di Jepun itu telah membunuh 20 ribu orang dan merosakkan sistem pendinginan di penjanaan elektrik tenaga nuklear Fukushima. Kerosakan ini menyebabkan bencana nuklear terburuk sejak bencana Chernobyl 25 tahun lalu.

Menurut Nikolai Maximenko, penyelidik senior dari Pacific Research Center, University of Hawaii, dianggarkan sisa-sisa tsunami dari Jepun akan hanyut hingga ke kawasan kepulauan barat laut Hawaii dalam masa satu tahun dan mencapai pesisir barat Amerika Syarikat dalam 3 tahun akan datang.

Diterjemah dari yasirmaster

0 comments:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
 
Hari-hari rakyat susah 2.0 Copyright © sejak 2007 Hari-hari rakyat susah 2.0 Keretaburuk/Tempe Goreng Blogger Template