Saturday, October 22, 2011

Punca Qadhafi terbunuh: Seseorang menembaknya dengan pistol 9 milimeter

HHRS 2.0 - Pemimpin Libya, Muammar Qadhafi, terbunuh dalam saluran paip di Sirte, kira-kira 45 kilometer dari Tripoli, Khamis, 20 Oktober 2011. Bagaimana sebenarnya tokoh dengan gelaran Singa Afrika ini terbunuh ?

Shebani dilaporkan menembak Gaddafi 

Tentera Dewan Transisi Nasional (NTC) Libya mendakwa mereka menyaksikan saat-saat terakhir Qadhafi di bandar kelahirannya, Sirte. Pasukan brigade Qabra, Adel Samir, mengatakan para pejuang sudah beberapa hari menguasai Sirte dan mencari kewujudan pemimpin yang digelar "Singa Afrika" itu.

Rombongan Qadhafi diserbu pesawat pejuang di Sirte pada Khamis, pukul 08.30 waktu setempat. Pesawat British Tornado, Predator, serta Rafael menyerang.
KLIK UNTUK TABUNG BLOG INI
Di darat, pasukan Dewan Transisi Nasional terus mengasak. Qadhafi terpaksa bersembunyi di dalam saluran paip.

Pasukan NTC mengepung paip dan terjadi kejadian menembak. Qadhafi diseret keluar dalam keadaan cerdera. Dalam rakaman video yang beredar di Internet, Qadhafi masih hidup. Dia memohon supaya tidak ditembak. "Seseorang menembaknya dengan pistol 9 milimeter," tegas Adel.

Hingga kini, belum diketahui siapa yang membunuh Qadhafi. Beberapa ketika setelah khabar terbunuhnya Qadhafi, muncul tayangan video dan gambar yang menunjukkan tentera sedang mengacung-acungkan senjata, pistol emas milik Qadhafi.

Diterjemah dari fiqhislam

0 comments:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
 
Hari-hari rakyat susah 2.0 Copyright © sejak 2007 Hari-hari rakyat susah 2.0 Keretaburuk/Tempe Goreng Blogger Template